Wednesday, December 30, 2015

Asyik bercuti ..jangan lupa anak ...


BANGI, Selasa – Pasangan suami isteri yang dilaporkan 'terlupa' telah meninggalkan anak lelaki mereka berusia enam tahun di Cameron Highlands, sebelum kedua-duanya yang dalam perjalanan pulang ke Sungai Koyan, Pahang, berpatah balik selepas menyedari tertinggal anak mereka.

Amirul Afiq Najmi Jamaluddin, dikatakan tertinggal di sebuah rumah di ladang teh di Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet sebelum dijumpai oleh sekumpulan penunggang motosikal kira-kira jam 6.15 petang, semalam.

Kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu kemudian membawa kanak-kanak berkenaan ke balai polis Tanah Rata di mana berita penemuan Amirul Afiq mula disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin, berkata polis serta-merta melancarkan 'Ops Kesan', termasuk memaklumkan semua balai polis di daerah itu bagi mengesan keluarga kanak-kanak itu.

"Selepas kira-kira 35 minit, polis menemui keluarganya. Bapa kanak-kanak itu datang ke balai polis untuk mengambil Amirul Afiq.

"Bapa mangsa, Jamaluddin Baser diminta membuat pengecaman di Balai Polis Tanah Rata sebelum mengakui kanak-kanak terbabit anaknya.

"Jamaluddin memaklumkan dia dan isterinya tidak menyedari salah seorang anak mereka tidak berada dalam kenderaan ketika dalam perjalanan pulang ke Sungai Koyan selepas bercuti di sini," katanya.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, December 27, 2015

Le Tour 2016 de Langkawi kembali ke Cameron Highlands


Pengumuman laluan Le Tour de Langkawi 2016 ‎melibatkan laluan pendakian ke Cameron Highlands memang agak mengembirakan.

Biarpun berita tak rasmi ini terlebih dahulu telah berlegar sejak sebulan yang ‎lalu namun dengan Pengumuman penganjur ini memang dinantikan. 

Melibatkan peringkat keempat dari Ipoh ke Cameron Highlands sejauh 129 km pada 27 February 2016.

Kami, Cameron Riders akan menanti aksi hebat pelumba professional ini.

Selamat mendaki....


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Keluarga Rasullullah SAW

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW



 
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.

Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Saturday, December 26, 2015

Jalan Sesak tak?


Soalan kedua popular yang diterima selepas keadaan cuaca adalah berkenaan dengan keadaan jalan ke sini.

Jalan sesak tak masa cuti Krismas ni?

Dah cuti 4 hari. Kena dengan cuti sekolah mesti lah sesak.

Dah kelaziman mesti sesak. Saya kongsikan print screen kawan saya, Ayie ini. Semuanya merah.

Dan petang tadi saya sendiri tersangkut 40 minit nak balik rumah selepas solat Jumaat untuk jarak kurang 200 meter melalui Pekan Tanah Rata .

Update hari ini: kesesakan tidak seteruk semalam dan kelmarin. 



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kisah Ringkas Nabi-Nabi ...2

Sambungan poster kisah ringkas Nabi-Nabi yang saya perolehi dari Facebook group. 

Kredit untuk pencipta dan pemilik poster ringkas ini.  

Sangat berguna untuk kita mengetahui sejarah ringkas Nabi-Nabi kita. 

Satu permulaan... langkah pertama.. atau kembali ke langkah pertama...



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, December 25, 2015

Kisah Ringkas Nabi-Nabi

Saya perolehi poster ringkas Kisah Nabi-Nabi ini dari Facebook. 

Sumbernya dari Indonesia rasanya bernama 'Farhanafarah'.

Sempena Maulidur Rasul ini, saya nak kongsikan juga dalam blog ini dalam dua catatan.

Kredit untuk pencipta dan pemilik poster ringkas ini. Pahala untuknya.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

100 sunnah Rasulullah SAW...


Masih dalam semangat "Maulidur Rasul". Saya perolehi 100 Sunnah Rasulullah SAW yang saya terima daripada rakan-rakan whatsapp. 

Sangat berguna untuk kita hayati dan amalkan.

 Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan 

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur 
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba'
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit
Antara 100 di atas.. cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah..untuk mencari pahala Allah. .utk muhasabah dan perkongsian. 

Copy-paste dari FB Ustazah Fatimah... Kredit untuk beliau.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, December 24, 2015

Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian) .... laluan jalan kaki dan berbasikal khas


Sekarang sedang berlangsung sesi pendengaran awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian) sehingga 18 Jan 2016.

Saya nak kongsikan apakah pelan perancangan majlis tempatan yakni Majlis Daerah Cameron Highlands untuk kegiatan sukan di Cameron Highlands. 

Saya teliti satu persatu projek setiap teras yang ingin dilaksanakan dari jilid 1 hingga 3.

Saya boleh katakan tiada!  

Selain hanya cadangan taman bandar berkonsepkan 'forest urban park' untuk tujuan rekreasi awam, tiada satu pun projek pembangunan kemudahan untuk  penggunaan bagi aktiviti sukan dan kegiatan belia mulai tahun 2030.‎ 

Tiada peracangan bagi tujuan sedemikian. 

Saya tak pasti dalam baki Rancangan Daerah Tempatan Daerah Cameron Highlands 2003-2015 yang sedang digunapakai dalam pembangunan daerah sekarang ada dan telah dibuat sebarang kemudahan sukan dan belia menyebabkan tiada keperluan untuk tahun 2030 ke atas. 

Atau mungkin ada unjuran tertentu yang digunakan untuk draf ini yang menunjukan tiada lagi wujud belia pada tahun 2030 ke atas di Cameron Highlands yang membolehkan tiada keperluan untuk perancangan sedemikian. 

Yang ada dalam Draf ini adalah hanya untuk aktiviti berbasikal iaitu cadagan membina laluan pejalan kaki dan berbasikal di sepanjang laluan dari kawasan Park & Ride di Habu melalui Jalan Persekutuan 59 ke Park & Ride Tringkap dengan perincian berikut:

a. Panjang  laluan adalah 22 km bermula di Park & Ride Habu hingga ke Park & Ride di Tringkap dan kembali semula menjadikan 44 km secara keseluruhan. 

b. Lebar laluan adalah 3 meter kedua arah seluas 132,000 meter persegi.

c. Lengkap dengan kawasan rehat dan lampu dilokasi tumpuan.

d. Kosnya melibatkan RM 300 setiap meter persegi atau RM38.6 juta dengan tambahan RM 22 juta untuk lanskap sepanjang 44 km.

e. Akan dilakukan akan dalam dua fasa iaitu 2018-2025‎ dan fasa kedua 2019-2015 (Ini saya keliru sikit).

f. Jadi kalau jadi bagus lah untuk projek bernilai RM60.6 juta ini berjaya direalisasikan. 



Cameron Riders berasakan keperluan tambahan yang mengekplotasikan keadaan alam sekitar perlu dirangka untuk aktiviti berbasikal seperti kawasan trek berbasikal lasak, tapak karavan dan perkhemahan serta pelan atur laluan berbasikal sama seperti konsep denai kembara sedia ada.  

Jom berikan pendapat.  Kita pastikan tiada pahat yang berbunyi selepas rumah tersergam indah... 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Biodata Rasulullah SAW


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.






Nota Kaki :
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencinta‎
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Suara Agung Kerinduan...


Sempena sambutan Maulidur Rasul, saya kongsikan kisah kerinduan oleh Bilal Bin Rabah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad. 

Saya perolehi kisah ini dari group whatsapp rakan-rakan.  Adakah kita merasai nya ‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌

🌹‌‌Suara Agung Kerinduan‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌹‌‌

Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. Di tanyakan mengapa?
Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah berkongsi segala kenangan di Madinah.

Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah muncul di dalam mimpi Bilal. "Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?"
Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah.

Bilal bersama tunggangannya, menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal nak terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut di tinggalkan oleh Rasulullah SAW‍‌‌‌‌‍‍‌‍‍‌😞‌‌

Setelah beberapa hari, Bilal tiba di maqam Rasulullah. Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan. Lalu memberi salam, "Asalamualaika Ya Rasulullah."‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭‌‌
 Bilal masih tidak berhenti menangis.

Tiba-tiba datang amirul mukminin, menerpa Bilal daripada belakang. Saidina Abu Bakar memujuk Saidina Bilal hingga reda sebentar tangisan Bilal.

"Bilal, alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal,"
-sapa Amirul mukminin.

"Tidak wahai amirul mukminin,"
-tolak Bilal.

"Azanlah Bilal kami rindu suara azan kamu itu,"- sapa Saidina Umar pula.

Saidina Bilal menggeleng..

Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah. Hasan dan Husin.
"Pakcik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada,"

Di peluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah, di ciumnya.

"Sebentar tadi baru ku tolak permintaan Khalifah dan Saidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku di tinggalkan Rasulullah,"

Bilal naik ke menara, di ratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah, sambil air matanya mengalir laju. 

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Terdiam penduduk Madinah mendengar suara azan itu.‍‌‌‌‌‍‍‍‌‍‍‌😳‌‌‍‌‌‌‌‍‍‍‌‍‍‌😳‌‌
Bahkan ada yang bangkit dari tidur yang lena.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah.

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

"ABU I'SA RASULULLAH?!"
-apakah Rasulullah di bangkitkan semula-‍‌‌‌‌‍‍‍‌‍‍‌😳‌‌‍‌‌‌‌‍‍‍‌‍‍‌😳‌‌‍‌‌‌‌‍‍‍‌‍‍‌😳‌‌

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

Tangisan kota Madinah kian pilu. Menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah.

Saidina Abu Bakar, Saidina Umar..
Mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah di banjiri oleh air mata tangisan kerinduan.
Suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.

"Asyhadu anna MUHAMMAD 
RASULULLAH!"

Tersungkur Bilal tak dapat meneruskan azannya lagi. Di sambut dua orang sahabat. "Mengapa Bilal?"

"Waktu tengah azan hingga aku menyebutkan nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita,"‍‌‌‌‌‍‍‌‍‍‌😞‌‌

"Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah."‍‌‌‌‌‍‍‌‍‍‌😔‌‌‍‌‌‌‌‍‍‌‍‍‌😔‌‌

Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah pabila suara agung itu kembali pulang menghantui kerinduan buat junjungan besar Muhammad SAW.

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌹‌‌‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌹‌‌‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌹‌‌‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌹‌‌‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌹‌‌
Countdown 3 hari lagi.

12 Rabiulawal.
24 Disember 2015

Salam Maulidur Rasul.

Allahumma Solli Ala Muhammad‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌹‌‌‍‌‌‌‌‍‍‌‍‍‌😔‌‌‌‌‍‌‍‍‌




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


Rassullulah SAW ku...


Hari ini Maulidur Rasul. Sebagai umatnya inilah Junjungan Besar kita dan marilah kita mengetahui sedikit sirah kehidupan insan hebat ini.

(diperolehi dari whatsapp kawan-kawan)
Sempena hari lahir kekasih kita, jom telusuri biodatanya.. 

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab 

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A'qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu'l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas'ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua'ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa'diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa'diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A'isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka'bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A'tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha'.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A'bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi', Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas'ud, 'Uqbah bin 'Amir, Asla' bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-'As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa'b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira'.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril 'Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur'an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul 'Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta'if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra' [1-5 ayat, di Gua Hira'] pada 12 Rabiu'l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan 
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya' hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra' & Mi'raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• 'Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• "Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan."

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida' [ Khutbah Selamat Tinggal ] "Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku."

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu'l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.:




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, December 23, 2015

Cameron Riders @ D Hotel Seri Iskandar Jamboree 2015

Yang nak saya kongsikan ini adalah kali kedua catatan untuk penyertaan Cameron Riders di Jamboree ini.

Cuma koleksi gambar-gambar ini adalah dari official photographer pihak penganjur.

Tahniah sekali lagi untuk semua Cameron Riders terlibat... 

Bak kata Tuan DO kami , "Hijau pah cerooohh.. Jersey baharu tu..."




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.