Wednesday, October 28, 2015

XPDC Pendakian Gunung Brinchang ... diskaun khas Remaja

Bagi mengalakkan penyertaan remaja dalam XPDC pendakian ini, pihak penganjur menawarkan Diskaun bagi yuran penyertaan iaitu hanya RM 15 seorang bagi remaja berusia 13 tahun hingga 17 tahun.

Syarat utama adalah mendapat kebenaran daripada Ibu Bapa atau penjaga dengan mengisi perakuan kebenaran dalam borang penyertaan.


Semoga program XPDC ini memanfaatkan semua golongan ..

Insyallah .

Kongsikan poster aktiviti XPDC ini bersama rakan-rakan yang lain.



Tuesday, October 27, 2015

Cameron Riders @ UTP Convoride 2015


Cameron Riders pada bulan Oktober ini ada menyertai beberapa Jamboree yang dianjurkan oleh beberapa kelab berbasikal. 

Biarpun jumlah wakil yang menyertainya agak kecil ekoran kekangan masa terutama pertembungan beberapa acara di peringkat daerah Cameron Highlands namun sokongan kecil ini diharapkan mampu menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bagi aktiviti berbasikal bukit.

Antaranya di Konvo Ride anjuran Universiti Tekonologi Petronas yang mana dua wakil Cameron Riders hadir memberikan sokongan. 







Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, October 26, 2015

Vandalism Graffiti di pondok sampah pasar pagi Tanah Rata



(catatan ini adalah salinan email aduan kepada pihak MDCH)

Pihak MDCH, 
Ini nampak remeh‎ kerana aduan sebegini mungkin tidak penting dan perlu disegerakan.

Jika Terminal Fressia dicemari vandalism grafiti seperti aduan Saya terdahulu mungkin tidak begitu perlu diberikan tumpuan kerana lokasinya bukan akan dikunjungi oleh pelancong. 

Namun, vandalism grafiti di pondok sampah tapak letak kereta dan pasar pagi di Tanah Rata agak penting untuk diambil tindakan.

Pertama, rasanya sudah hampir lebih setahun .

Kedua, kawasan ini kawasan penduduk dan pelancong meletak kereta setiap hari.

Ketiga‎ setiap ahad, tapak pasar malam. Dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong. 

Keempat, lokasinya mudah sangat dikunjungi oleh pihak MDCH iaitu Sekitar 400 meter dari pejabat MDCH untuk dipantau.

Jadi, mohon pertimbangan sewajarnya dari pihak MDCH untuk perkara ini.

Ceramah Perdana Maal Hijrah

Saya berkongsikan info Syarahan Perdana Sempena Sambutana Maal Hijrah Peringkat Daerah Cameron Highlands.



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, October 23, 2015

XPDC Mendaki Gunung Brinchang

Saya nak berkongsikan satu program yang menarik dari Jawatankuasa Masjid Kayangan, Brinchang, Cameron Highlands untuk penggemar sukan pendakian di seluruh Malaysia 

Masjid Kayangan akan menganjurkan  XPDC Mendaki Gunung Brinchang pada 14 November 2015.



Gunung Brinchang adalah puncak tertinggi di Cameron Highlands iaitu 2032 meter atau 6667 kaki dari aras laut.

Laluan pendakian akan melalui Jungle Walk No 1 dari Kaki Gunung Brinchang iaitu di Kawasan Tangki Air Pengurusan Air Pahang (PAIP) dan jarak pendakian sekitar 1.92 km.

Jangkamasa pendakian adalah 2 jam 30 minit  untuk sampai ke puncak sebelum berehat dan turun kembali melalui trek yang sama.  


Jadi, bagi yang berminat untuk mencuba cabaran pendakian lasak dan menyaksikan khazanah alam Gunung Brinchang bolehlah menyertai xpdc ini.

Atau jika tidak berminat, anda boleh menyampaikan maklumat program ini dengan rakan-rakan yang berminat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi terus wakil jawatankuasa penganjuran Masjid Kayangan iaitu Ustaz Hayazi.

Simpan poster program ini dan kongsikan kepada kawan-kawan melalui whatsapp anda.


Antara  Catatan pengalaman pendakian terdahulu Klik , Klik dan Klik  

Terima kasih. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, October 22, 2015

Vandalism di Terminal Fressia, Tanah Rata

(catatan ini adalah salinan email kepada pihak Majlis Daerah Cameron Highlands).

Pihak MDCH,

Saya mengunjungi Terminal Fressia isnin lalu untuk merakamkan gambar-gambar suasana jerebu.

Sampai di tingkat atas ruang meletak kereta Saya mendapati telah berlaku vandalism graffiti di setip dinding.

Saya rasa agak kesal dengan pihak yang melakukan  aktiviti vandalism ini tetapi‎ Saya mengakui ianya mudah untuk dilakukan kerana ruang atas ini kurang dikunjungi oleh orang awam.

Jadi Saya mencadangkan pihak MDCH melakukan perancangan yang terbaik untuk ruang atas ini.

Mungkin boleh diwujudkan ruang aktiviti belia dan remaja seperti di UTC di Pudu dan selainnya.

Terpulang kepada kebijaksanaan pihak MDCH.

* sebelum itu, ruang tanga di tingkat satu dan dua agak kotor seperti biasa.

Terima kasih.






Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kayuhan Basikal Pelahan @ Hari Sukan Negara..

Setelah penat berkayuh, Cameron Riders telah diberikan peluang untuk menganjurkan acara istimewa bagi memeriahkan Karnival Hari Sukan Negara.

Acara ini ringkas sahaja namun berjaya memeriahkan suasana di padang. 

Kelibat peserta mengimbangi basikal dengan kedudukan hampir pegun dan seperlahan mungkin.

Tahniah... kepada semua peserta...












Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kayuhan Santai @ Hari Sukan Negara 2015.. IPD Brinchang ke Penamat

Sekitar Kayuhan santai dari IPD Brinchang ke kawasan penamat iaitu Padang MDCH.

Hampir semua rider berjaya menamatkan kayuhan santai ini yang berlangsung dengan penuh semangat kekitaan dan sukan. Tiada yang bertanding sesama sendiri tetapi lebih kepada kayuhan santai semata-mata.

Tahniah!!!



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.