Tuesday, September 29, 2015

Pokok Mengkudu

Kita selalu mendengar dan didedahkan pokok Mengkudu sebagai salah satu tanaman ber khasiat dalam perubatan tradisional.

Jus Mengkudu dipasarkan dengan pelbagai jenama dan khasiat memulihkan penyakit.

Malah daun nya juga diekstrak untuk tujuan perubatan. 

Di Kampung mertua saya di Melaka, saya menemui pokok ini ditanam sebagai pokok hiasan di sudut laman.

Orang tua tahu khasiat nya dari dahulu dan menanam pokok ini dekat dengan diri mereka berbanding dengan kita yang dekat dengan kedai untuk mendapatkan produk yang telah diproses.

Kita selalu mendengar dan didedahkan pokok Mengkudu sebagai salah satu tanaman ber khasiat dalam perubatan tradisional.

Jus Mengkudu dipasarkan dengan pelbagai jenama dan khasiat memulihkan penyakit.

Malah daun nya juga diekstrak untuk tujuan perubatan. 

Di Kampung mertua saya di Melaka, saya menemui pokok ini ditanam sebagai pokok hiasan di sudut laman.

Orang tua tahu khasiat nya dari dahulu dan menanam pokok ini dekat dengan diri mereka berbanding dengan kita yang dekat dengan kedai untuk mendapatkan produk yang telah diproses.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, September 28, 2015

Pokok Buah Markisa

Jika dua minggu yang lalu saya kongsikan buah Markisa yang dijual di sekitar Cameron Highlands, untuk catatan kali ini saya nak kongsikan pula pokok buah Markisa ini.

Namun bukan yang ditanam di Cameron Highlands tetapi di Melaka dan hasil keringat bapa mertua saya sendiri. 

Beliau menanam pokok ini di sebelah rumah sahaja mengantikan pokok anggur yang kurang menjadi. 

Buahnya agak bersaiz besar kerana pokok baharu yang ditanam. 

Dan sepanjang raya Haji yang lalu, kami menikmati air jus Markisa yang dipetik terus dari pokok.



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, September 27, 2015

Indek Pencemaran Udara

Bila jerebu melanda, kita dinasihatkan dengan panduan indeks pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollution Index ( API) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. 

Tapi apakah parameter dan definisi IPU tersebut?


Saya cadangkan anda ke laman APIMS Jabatan Alam Sekitar di SINI ‎ untuk lebih perincian dan jadual catatan IPU dikemaskini setiap jam. 

Tanah Rata sekitar 12 tengahari semalam.

Juga terdapat info bagaimana ianya direkodkan dan parameter yang selebihnya‎ untuk kita ketahui.

Utamakan kesihatan...

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Jerebu di Cameron Highlands

Cameron Highlands tidak dapat lari dari masalah jerebu yang sedang melanda negara ketika ini.

Sejak semalam kesannya jelas kelihatan dan harapan untuk menganggapnya kabus ‎sekadar harapan palsu kerana berbau asap.

Jadi jangan anda pelik pulak kenapa Cameron Highlands jugak jerebu kerana kami pun bukan istimewa sangat sehingga tiada musibah boleh melanda.

Gambar dari rakan whatsaap diambil di Bertam Valley pada pukul 9 pagi

Jadi ‎jika anda nak bercuti di sini silakan jika tidak kisah dengan jerebu dan jika untuk menunda kunjungan anda juga tidak kisah.

Pilih sihat dalam kehidupan...

Tambahan : Petang tadi, Kementerian Pelajaran telah memaklumkan sekolah di Negeri Pahang ditutup pada hari Isnin 28 September 2015 kerana jerebu makin tebal.

Update 7 October 2016: keadaan jerebu di Cameron Highlands hanya agak teruk pada hari ahad lepas sahaja manakala mulai isnin sehingga hari ini keadaan jerebu bertambah baik malah hampir tiada pada pagi ini dan kabus mulai kembali dengan hujan lebat di waktu malam di sini.

Update 9 Oktober 2015 ; Cuaca terang pagi ini tanpa jerebu. Esok akan berlangsung Hari Sukan Negara peringkat Daerah di Tanah Rata.. seperti dijadualkan... 

Update 19 Oktober 2015: Saya telah membuat satu album dalam Facebook mrkumai.blogspot untuk update suasana jerebu di Cameron Highlands . Anda boleh merujuk ke facebook saya dengan menjadi rakan Facebook mrkumai.blogspot.

Juga terdapat beberapa catatan update mengenai Jerebu di Cameron Highlands. 

Semoga ianya membantu anda ...


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, September 26, 2015

Kandungan gula dalam minuman kegemaran kita

Dalam membelek-belek koleksi gambar dalam telepon saya, saya dapati gambar panduan kandungan gula dalam minuman yang mungkin kegemaran kita.


Saya tak pasti dari mana sumber gambar ini namun ianya boleh dijadikan panduan kepada kita dalam mengamalkan diet yang sihat terutama dalam pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian kita.



Semoga membantu. Kredit kepada sumber gambar ini.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, September 25, 2015

Panduan dan amalan rawatan Islam

Dari laman FB, saya menemui koleksi amalan rawatan Islam dari imuslimshop.com

Sangat mudah untuk diamalkan jika kita atau orang yang terdekat dengan kita mengalami sakit seperti yang dalam senarainya.

Insyallah, tidak salah mencuba dan bertawakal kepada selepas mengamalkan.


Kongsikan amalan ini dan kredit untuk imuslimshop.com

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, September 24, 2015

Pokok Buah Sukun

Saya nak berkongsikan mengenai subjek pertanian sedikit.  

Maklumlah latar pertanian menyebabkan saya sentiasa tertarik jika bertemu pokok samada di Cameron Highlands sendiri ataupun diluar. 

Saya menemui pokok buah Sukun ini semasa berjalan kaki ke Masjid Pengkalan Ranggam, Kandang, Melaka 

Dah selalu saya melihat pokok Sukun ini tetapi kali ini dengan buahnya sekali.

Sukun kalau mengikut pengalaman saya memang dari kecil sudah terbiasa dengannya. 

Walaupun di rumah saya tiada pokok Sukun tetapi jiran-jiran mempunyai pokok Sukun dan selalu memberikannya kepada kami.

Jadi menu utama adalah membuat Sukun goreng untuk juadah minum petang dan keropok sukun.


Kini, saya selalu menikmati Sukun dalam bentuk kerepek sahaja kerana sukar mendapat buah Sukun di sini.


Saya sengaja berkongsikan catatan ini sebagai rujukan saya di masa hadapan.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, September 23, 2015

FB Cameron Highlands Group

Saya nak cadangkan kepada anda like FB Cameron Highlands Group yang ditubuhkan oleh orang Cameron Highlands yang asalnya saya saya untuk kami-kami aje namun semakin menerima ramai rakan luar yang inginkan maklumat untuk merancang percutian.


Saya tak pasti siapakah pengasas fb ini. 

Tetapi manfaatnya amat berguna kepada anda yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Cameron Highlands serta apa sahaja yang ingin anda tanya untuk membantu merancang percutian anda.

Ini kerana saya mendapati ramai pengusaha homestay, catering, pakej lawatan dan aparment ada di dalam group fb ini. 

Setiap kali ada pertanyaan, saya mendapati respon yang diberikan amat pantas dan banyak pilihan cadangan dan promosi.

Juga testimonials dari pelancong yang telah bercuti di sini.



Cuma adatlah, bila ada fb sebegini kadang kala renyah jugak melayan pelbagai iklan dan promosi barangan yang tiada kena mengena dengan percutian di Cameron Highlands. 

Apapun, masih amat berguna sebagai salah satu sumber maklumat untuk anda merancang percutian anda.

Di mrkumai.blogspot.com pula saya sekadar berkongsikan catatan berkaitan dengan Cameron Highlands tetapi amat jarang untuk saya berkongsikan nombor perhubungan pihak terbabit dan semua cadangan dari catatan saya itu adalah pendapat peribadi saya semata.

Yang penting anda mampu merancang percutian anda dengan mudah melalui sumber yang sedia membantu anda ini.

Telus dan tiada langsung berkepentingan mana-mana pihak.

Selamat merancang  percutian anda...


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, September 22, 2015

Cuaca di Cameron Highlands menjelang cuti Hari Raya Haji


Saya mendapat beberapa pertanyaan mengenai cuaca di Cameron Highlands minggu ini sebagai perancangan mereka untuk datang ke sini.


Saya katakan cuaca tak menentu. Adakalanya hujan dan adakalanya tidak hujan. 

Saya suka untuk menyarankan anda untuk ke Lamab Web MET Malaysia yang mempunyai ramalan cuaca lebih tepat memandangkana merekalah pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai kelengkapan teknikal untuk ramalan cuaca di Malaysia.

Untuk ramalan minggu ini yang saya petik dari laman web MET untuk anda... Jangan susah-susah ya..

Malah dalam aplikasi telepon pintar pun banyak boleh digunakan untuk rujukan.

Sumber MET Malaysia . Klik

Selamat melancong...

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, September 21, 2015

Buah Pisang Kaki di Cameron Highlands

Buah pisang kaki memang agak kurang dikenali dikalangan kita.

Dah namanya pisang, mungkin anda menyangka ianya sejenis pisang atau seakan-akan seperti pisang. 


Namun kenyataannya agak jauh lari dari apa yang anda bayangkan. 

Buahnya tidak seperti buah pisang dan pokoknya adalah jauh berbeza dari pokok pisang biasa.


Di Cameron Highlands saya mendapati ada dijual buah pisang kaki sejak dua menjak ini. 



Dan saya akui, ianya musim berbuah bagi buah pisang kaki. Pokok di kawasan rumah saya sedang berbuah dan pokok di dalam kawasan tempat kerja saya juga sedang berbuah. 


Namun amat payah untuk saya temui yang manis jika merasai buah pisang kaki.


Katanya perlu diperam dahulu di dalam beras untuk beberapa hari sehingga berwarna benar-benar oren. 


Jadi terpulang kepada anda untuk membelinya atau tidak. 


Setidak-tidaknya anda boleh mencuba‎ kerana ianya produk tanaman di Cameron Highlands. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, September 20, 2015

Sisi lain KEA FARM @ Cameron Highlands



Jika anda mencari sisi yang sedikit berbeza di Kea Farm, saya mencadangkan anda melihat permandangan dari jauh perkampungan atau penempatan penduduk di KEA FARM yang bagi saya agak menarik kerana dibina dicerun bukit dengan dikelilingi kebun-kebun sayur. 

Jika anda pernah menonton Filem 'The Journey' di sinilah pengambaran utama dilakukan dengan suasana kebun sayur sekitarnya. 

Apa yang anda boleh lakukan, bawa Kamera dan berjalan kaki sekitar ceruk penempatan ini dan hayati sedikit perbezaanya. 


Saya cadangkan anda lakukan dengan kumpulan kecil untuk keselamatan dan jangan terlalu besar yang mengundang pula sangsi dikalangan penduduk. 

Saya pernah melakukanya menaiki basikal dan motorsikal di celahan kebun sayur. Sambil berhenti seketika saya akan bersembang dengan pekerja kebun sayur yang terdiri daripada warga asing dan ada juga yang tempatan.

Mereka mesra menerima saya dan tidak kisah jika saya mengambil gambar sekitarnya.

penempatan ini bagi saya agak unik berbanding penempatan lain di Cameron Highlands
Jadi anda boleh lakukannya jika inilah sedikit perbezaan yang anda cari selain sekadar membeli sayuran di KEA FARM. 

Selamat mencuba.


Menjelang cuti sekolah dan Raya Haji di Cameron Highlands.


Mulai Hari Malaysia, 16 September 2015 lagi saya melihat jumlah pelancong sudah mulai bertambah ramai.

Ini kerana cuti hari Rabu ini akan bersambungan dengan hari Jumaat bagi negeri yang bercuti mingguan hari Jumaat. 

Maka tidak hairanlah, kelibat kereta berplate J, D, T dan K banyak kelihatan.

Pagi tadi di Tanah Rata, saya melihat ramai pelancong dan jumlah kereta bertambah sehingga ke malam.

Ini akan berterusan sehingga seminggu kerana cuti sekolah yang serentak dengan ‎cuti Hari Raya Haji pada Khamis depan.

Saya menjangkakan kesesakan tidak seteruk cuti umum yang dahulu seperti Hari Pekerja dan Hari Kemerdekaan kerana waktu cuti yang berpanjangan serta hari raya yang memungkinkan pelancong balik kampung berbanding bercuti.

Namun ianya hanya jangan saya dan saya akan cuba kongsikan keadaan semasa.

Selamat bercuti...‎ 

Jangan impikan suasana di Kea Farm akan seperti gambar di atas sepanjang musim cuti ini.

Tidak akan berlaku sama sekali. Jangan marah...

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, September 19, 2015

Buah Markisa di Cameron Highlands




Saya pernah melihat pokok buah Markisa ditanam di Cameron Highlands secara meliar dan pokoknya jenis menjalar  dengan memerlukan para-para untuk menyokong pokok.

Manakala buahnya akan bergantungan di celahan daun pokok tersebut. 

Saya melihat ada buah Markisa dijual di kawasan tumpuan pelancong namun tidak pasti samada ianya dipetik dari pokok yang ditanam di Cameron Highlands. 

Cuma untuk menyakinkan diri sendiri, berdasarkan pengalaman saya melihat pokok Markisa di Cameron Highlands, keberangkalian ianya berasal dari sini boleh jadi.

Cuma jus Markisa saya rasa bukan dibuat di sini. 

Tapi tak pasti pula berapa ramai yang mengemari buah Markisa...

Di Kea Farm buah Markisa ini banyak dijual.

Selamat membeli belah...

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Avocado di Cameron Highlands


Saya melihat sejak dua minggu ini buah Avocado dijual di Cameron Highlands. 

Adakah ia produk ‎Cameron Highlands? 

Saya tidak pasti.

Namun saya pernah melihat beberapa pokok Avocado yang telah lama ditanam di sekitar Cameron Highlands dan ada masa nya ianya berbuah.  

Dan setiap kali berbuah, ianya sangat banyak. Gerai sungguh untuk memetik buah Avocado tersebut tapi milik orang.

Saya ke Kg Taman Sedia namun pokok Avocado yang sering saya lihat belum berbuah.

Jadi berbalik kepada persoalan saya adakah buah tersebut memang dari hasil tanaman di Cameron Highlands tidak mampu saya jawab.

Namun melihat kepada saiz buah yang pelbagai dijual, ianya seperti memang dipetik dari pokok di sini kerana biasanya yang diimport bersaiz seragam.

Jadi terpulang kepada anda untuk membelinya.

Pemerhatian saya ianya dijual sekitar RM8-12 sekilogram.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, September 18, 2015

Jambu Batu 'epal' Cameron Highlands


Saya tahu catatan ini jika dibaca oleh peniaga Jambu Batu Celup atau lazimnya dipromosikan sebagai Jambu Epal Cameron Highlands, mereka  akan marah kepada saya.

Namun, saya perlu jujur dan berkongsikan kebenaran kepada pengguna dan pelancong ke Cameron Highlands.

Sejak mulai menetap di Cameron Highlands pada tahun awal 2007, saya selalu ke Pasar Malam Brinchang setiap minggu kerana di sanalah‎ lubuk ilmu awal untuk mengetahui Cameron Highlands dari segi budaya pemakanan dan rahsia keistimewaan.

Saya akui, saya mulai nampak Jambu warna hijau di awal tahun 2007. Sejak itu ianya bertambah variasi warna dengan warna pink pula masuk ke pasaran.

Saya tidak membeli kerana apabila merasai sample yang dipotong ianya adalah adalah jambu batu biasa yang pada perkiraan saya telah dikisar kulitnya dan direndam dengan pewarna.

Telahan saya benar. 

Ini kerana Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP) kemudian mengeluarkan amaran akan bahaya Jambu Batu Celup ini sekitar pertengahan tahun 2007.

Saya kongsikan antara kenyataan CAP:


Pulau Pinang, 2007 : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mengeluarkan amaran mengenai penjualan jambu-epal yang dipercayai mampu menyebabkan masalah tingkah laku seperti panas baran, kurang tumpuan, hiperaktif dan tindak balas alergidi kalangan remaja.

Menurut kenyataan tersebut, hasil ujian makmal yang dilakukan CAP mendapati bahan pewarna tiruan yang digunakan terhadap jambu (guava) tersebut merupakan punca tindak balas agresif terhadap perlakuan tersebut. 

Jambu (guava) itu dikupas kulitnya berbentuk epal kemudian dicelup ke dalam pewarna makanan tiruan. 

Pewarna yang digunakan ke atas jambu tersebut ialah Brillian Blue danMartrazine bagi menghasilkan warna hijau manakala Karmoisine pula bagi warna merah, menurut kenyataan itu. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan jangan tertipu dan mempercayai buah itu adalah kacukan semula jadi sedangkan ia nampak segar kerana sudah diwarnakan. 

Jelasnya, Agensi Standard Makanan di United Kingdom (UK) juga telah mengkaji keselamatan bahan penambah ini sejak tahun 2000. 

Dengan itu, CAP menggesa pihak berkuasa terutamanya Jabatan Kesihatan Cameron Highlands terhadap pihak terbabit dan menasihatkan pembeli tidak membeli jambu-epal kacukan itu. 

Sumber : CAP

Jambu Batu Celup ini banyak dijual di kawasan tumpuan pelancong khasnya di Kea Farm dan Pasar Malam Brinchang yang menjadi tumpuan pelancong dan dipromosikan sebagai Epal Cameron Highlands.

Itu tidak benar! 

Jambu Batu pun tidak ditanam di Cameron Highlands secara komersial dan bagaimana buah Jambu Batu boleh bertukar menjadi epal!!!!

Jadilah pembeli dan pengguna bijak demi keselamatan dan kesihatan kita.

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, September 17, 2015

Buah Cinta @ Cameron Highlands


Saya pernah berkongsikan catatan mengenai pokok buah cinta yang saya temui di Cameron Highlands. 

Dan kunjungan saya ke Kea Farm baru-baru ini saya melihat mereka menjualnya juga di sini.

Buah cinta kalau tak silap saya dalam bahasa enggeris dinamakan passion fruit.

Saya cuba mencari‎ persamaannya dengan buah Markisa namun ada keraguan.Jadi biarlah kita kisahnya sebagai buah cinta‎ sahaja buat masa ini.

Bentuk buahnya agak bujur dengan berwarna merah hati. Biji dalamnya seperti buah Markisa jugak dengan rasa ala-ala bercinta, manis,masam.

Pokoknya memang ditanam di Cameron Highlands tetapi bukanlah secara besar-besaran sebaliknya hanya di sudut tertentu di kawasan kebun sayur dan rumah.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, September 16, 2015

Buah Labu Siam dan Pucuk Labu

Saya pernah berkongsikan catatan mengenai pokok Labu Siam dalam catatan saya terdahulu. 

Cuma saya nak kongsikan bagaimana anda boleh membeli buah Labu Siam ini di pasar sekitar Cameron Highlands. 


Harus diingat, buah Labu Siam adalah sayur bukannya untuk dimakan mentah-mentah seperti buah yang lain.

Ianya sekitar RM2 sebiji dan pastikan anda tidak memilih yang tua untuk dibeli. Caranya mudah, pilih yang berhijau segar tanpa ada retak atau kulit berwarna kuning bertompok.

Selalunya yang dijual adalah buah yang muda.


Selain dari buahnya, pucuk pokok Labu Siam jugak dijual dan biasanya lebih mendapat sambutan berbanding buahnya kerana boleh dibuat sayur kuah seperti masak lemak dan goreng bercili udang kering.

Jadi, selamat membeli belah..


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Cauliflower Cameron Highlands

Perhatikan diantara dua gambar ini.

Apakah persamaannya?

Betul tu... keduanya adalah Cauliflower. 

Ya betul betul lagi, kedua di dijual di Cameron Highlands .

Apakah perbezaannya pula?

Tak tahu? Satu daripadanya ditanam di Cameron Highlands dan satu lagi diimport masuk ke Malaysia.


Yang mana satu?   

Mudah sahaja. Yang masih berdaun itulah hasil tanaman di Cameron Highlands manakala yang tiada berdaun dan berlapik kertas putih dari luar khasnya diimport dari China. 

Yang diimport ini anda boleh beli di mana-mana pasar dan kedai di seluruh Malaysia.


Jadi jika ingin membeli hasil tanaman Cameron Highlands anda sudah tahu mahu memilih yang mana satu selepas ini..

Selamat membeli belah sayur-sayuran di Cameron Highlands.... 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.