Friday, October 31, 2014

Projek Lanskap @ Cameron Highlands

Ada kawan saya yang mengeluh ketika datang bercuti Depavali baharu ini mengenai kesesakan teruk untuk masuk ke Pekan Tanah Rata.


Sebenarnya antara punca kesesakan ini berlaku adalah kerana penutupan sementara tempat meletak kenderaan MDCH di tengah pekan Tanah Rata untuk memberi peluang kepada kerja-kerja lanskap di kawasan ini.

Projek di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini dikhabarkan akan menukar sepenuh rupabentuk lama kawasan meletak kenderaan ini. 

Saya kurang pasti bagaimana rekabentuknya cuma dari dengar-dengar mengatakan ianya akan seperti Waterfront yang melibatkan hiasan lanskap malam yang menarik seperti I City.

Dikatakan juga ianya adalah pelengkap kepada naik taraf Taman Pertabalan yang juga kini ditutup untuk tujuan yang sama.  


Ianya sudah hampir 3 bulan berlalu dan dijangkakan siap selepas tempoh setahun sehingga Bulan 5 2015.

Apapun, sementara projek ini berlangsung, terpaksalah kami menghadapi kesesakan lalulintas kerana ruang bahu jalan dijadikan kawasan meletak kenderaan dan ianya menyempitkan laluan utama. 

Sebagai alternatif, Kemudahan Meletak Kenderaan Bertingkat Terminal Fressia boleh digunakan untuk meletak kenderaan anda secara percuma. 


Cuma yang amat-amat-amat-amat dikesali adalah penyelengaraan yang amat lemah dan tiada langsung oleh MDCH terutama dibahagian tangga cukup memalukan. 

Saya rasa saya akan membuat catatan mengenainya dan satu email akan saya hantar kepada MDCH. 

Wednesday, October 29, 2014

Piala Pegawai Daerah Cameron Highlands 2014

Setelah 2 tahun lebih menyepi, kini saingan terhangat bolasepak kembali ke bumi Cameron Highlands. 

16 pasukan dari jabatan-jabatan dan juga pekan-pekan dan penempatan di sekitar Cameron Highlands terlibat. 

 

Saksikan 240 perlawanan yang menyaksikan saingan hebat dan juga bakat terpendam bakal dipersembahkan.


Kejohanan kali ini di anjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Daerah Cameron Highlands (Baru).


Selamat Beraksi dan saya kongsikan aksi semalam di antara Pasukan Hospital Hajjah Kalsom dan Pengurusan Air Pahang (PAIP) yang berkesudahan 2-2.  




















Friday, October 24, 2014

Sukan SETARA 2014 .. aksi peserta

Untuk catatan ketika Sukan SETARA 2014, saya kongsikan seperti yang saya janjikan iaitu aksi peserta yang bertungkus lumus dan sangat bersemangat untuk memenangi acara yang disertai.


Dan untuk acara di hari sukan hanya acara larian dijalankan kerana acara padang terlebih dahulu diadakan sebelumnya untuk memastikan sukan ini berjalan lancar dan ringkas. 

Mereka juga sekadar berkaki ayam kerana ada kawasan tertentu trek larian yang masih bergenang dengan air. 



Jadi saya kongsikan dari rakaman amatur saya aksi pelajar-pelajar tersebut walaupun hanya beberapa acara kerana tumpuan saya adalah kepada acara pra sekolah yang melibatkan anak saya.  

















Jadi tamatlah sudah acara Sukan Setara ini yang berlangsung meriah walapun ringkas. 

Sukan SETARA 2014 ... acara pra sekolah...

Catatan kedua  mengenai Sukan SETARA 2014 ini saya kongsikan pula acara khas untuk murid pra sekolah yang mana anak saya salah seorang daripada mereka. 

Seronok melihat keletah mereka yang bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk menyertai acara sukan ini. 


Walaupun hanya dua acara dijalankan pada hari sukan kerana 4 acara telah dijalankan secara lebih awal sebelum hari sukan kerana kekangan masa dan juga untuk mengelakan mereka terlalu penat kelak. 


Saya kongsikan gambar-gambar yang saya rakamkan sepanjang dua acara ini termasuk perarakan rasmi sukan.













   


Untuk catatan ketiga Sukan SETARA adalah fokus kepada aksi pelajar yang menyertai acara sukan terutama acara larian.