Monday, October 31, 2011

Letupan Besar Akibat Kereta Api Berlanggar Dengan Lori Tangki


Sembilan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang Isnin.
KOTA KINABALU: Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini sembilan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin. 
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.
Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkankereta api berkenaan melanggarnya. Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan,sementara pemandu kereta api berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki. 
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas. Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.
Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliau nampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepas pelanggaran berlaku. "Saya juga melihat orang-orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.
Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.
Seorang setiausaha akhbar kepada menteri negeri, Arshad Hussin berkata beliau berada pada jarak kira-kira 700 meter ketika kemalangan berlaku. 
"Saya dalam perjalanan pulang dan hendak mengisi minyak di stesen. Tetapi saya membuat keputusan menghentikan kereta di tepi jalan kerana saya ternampak dari stesen itu kebakaran besar dan asap tebal. 
"Lalu lintas di jalan tiga lorong terhenti di depan tempat kemalangan dan kenderaan lain bergerak jauh menuju ke lorong sebelah kanan, mengelakkan lorong sebelah kiri," katanya, dan menambah beliau turut mendengar dua letupan. Beliau juga nampak orang-orang dalam gerabak berlari ke bahagian belakang kereta api.

Nama yang dilarang didalam islam...




Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya
Afinah = Yang bodoh
Asyar = Paling jahat
Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah = Hamba suruhan perempuan

Baghiah = Yang zalim, jahat
Bahimah = Binatang
Balidah = Yang cerdik sungguh, bebal
Bakiah = Yang menangis, merengek
Baqarah = Lembu Betina
Batilah = Yang batil, tidak benar

Dabbah = Binatang
Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah = Goncang, stress
Darakah = Kedudukan yang rendah
Daniyah = Yang lemah dan hina
Dami'ah = Yang mengalir air matanya

Fasidah = Yang rosak, yang binasa
Fasiqah = Yang jahat, si fasik
Fasyilah = Gagal, kalah
Fajirah = Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah = Kecelakaan

Ghafilah = Yang lalai, yang leka
Ghailah = Kecelakaan, bencana
Ghaibah = Hilang
Ghasibah = Perampas, perompak
Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

Haqidah = Yang dengki
Hasidah = Yang hasad
Hazinah = Yang sedih
Huzn = Kesedihan

Khabithah = Yang jahat, yang keji
Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah = Yang rugi
Khamrah = Arak

Jariah = Hamba suruhan perempuan
Jafiah = Yang tidak suka berkawan

Kaibah = Yang sedih
Kafirah = Yang kafir, yang ingkar
Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah = Pendusta, pembohong

Lahab = Bara api
Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah
La'imah = Yang tercela
Lainah = Yang terkutuk
Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi

Maridah = Yang menderhakaMajinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah = Agama menyembah api atau matahari
munafikah = Yang munafik
Musibah = Celaka, bencana, kemalangan

Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor

Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan

Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina

Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang cerdik sungguh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri

Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik

Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya

Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan

Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh

Catatan Dari Tanah Suci

Menjelang sambutan Hari Raya Haji yang akan dan sedang berlangsung di Tanah Bumi Anbiya, aku ingin memanjangkan laman web dari http://www.haji1432.com/ yang sedang berada di sana. 

Haji1432

Cukup menarik kupasan dan catatan yang disediakan oleh mereka dan ianya lengkap dengan keterangan dan gambar yang mampu membuat anda rasa terpanggil untuk ke sana suatu hari nanti ..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA...

Semoga jemaah Haji kita mampu dan memperolehi rahmat dan kesenangan dalam  menyempurnakan rukun haji dan segala aktiviti.

Bakun bakal popular....




EMPANGAN gergasi di tengah-tengah hutan negeri Sarawak ini bakal menjadi tarikan pelancongan negara sama seperti Tasik Kenyir di Terengganu.




ENJIN turbin pertama sedang berputar ligat. Tenaga elektrik turut terhasil. Paras air di Empangan Elektrik Hidro Bakun yang terletak di tengah-tengah hutan di Sarawak turut naik.
Empangan gergasi itu dianggarkan bernilai RM7 bilion.
Turbin pertama yang dibina oleh syarikat gergasi tenaga, Alstom, dari Perancis itu mula menghasilkan tenaga elektrik sejak beroperasi pada Ogos lalu.
Takungan airnya mula merebak menjadi sebesar saiz negara Singapura.
Sungai Balui
Selepas dikritik dan diberi amaran pada beberapa tahun lalu mengenai impak projek itu ke atas hutan dara dan pemindahan etnik tempatan di negeri itu, Pengarah Urusan Sarawak Hidro, Zulkifle Osman mula melihat cahaya yang menyinar di hujung terowong.
Zulkifle yang memantau pembinaan projek itu sejak tahun 2000 mempertahankan rasional pembangunan itu biarpun berlaku lebihan tenaga elektrik.
"Ia adalah seperti permainan ayam dan telur. Saya yakin bahawa permintaan untuk tenaga elektrik di Sarawak sangat banyak," ujar Zulkifle.
Namun, mereka yang menentang projek Bakun itu menganggapnya sebagai satu perancangan yang salah.
Fasiliti itu terletak di Sungai Balui. Lembangan itu turut menjadi kediaman kepada Orang Utan, harimau bintang serta pelbagai spesies flora dan fauna yang lain.
Projek itu dimuktamadkan pada tahun 1986 ketika pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia adalah sebagai usaha untuk menyalurkan tenaga elektrik murah ke Semenanjung.
Buat masa ini, penduduk yang tinggal di sekitar kawasan empangan yang dikatakan antara tertinggi di dunia iaitu pada paras 205 meter itu sudah ada yang menerima tempiasnya.
Menurut mereka, kualiti air sungai telah merosot. Ikan juga semakin berkurangan selain sungai berbau busuk manakala airnya dikhuatiri tidak selamat diminum.
Empangan itu nampaknya memberi kesan buruk buat kaum pribumi apabila banyak kelodak yang muncul.
Sambil menaiki bot di Kampung Uma Nyaving yang terletak kira-kira 10 kilometer ke hilir Bakun, Richard Let merungut kerana jumlah ikan sungai semakin berkurangan.
"Rezeki untuk kami sekeluarga sudah merosot. Saiz ikan juga tidak besar. Sungai semakin cetek dan begitu sukar untuk saya menangkapnya," kata Let, 31, dari suku Kayan.
Pelancongan


BAKUN merupakan empangan kedua tertinggi di Asia selepas Empangan Shibiyanu di China.




Dari empangan hingga ke muara sungai, terdapat kira-kira 12,000 penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai etnik termasuklah Kayan, Kenyah, Ukit dan Penan yang tinggal di rumah panjang. Kesemua mereka masih mengamalkan gaya hidup tradisional di Sungai Asap.
Sungai Asap merupakan penempatan baharu buat penduduk tempatan untuk tinggal selepas projek itu dimulakan.
Biarpun di dalam hutan, mereka menikmati kemudahan air paip, elektrik, sekolah, sambungan Internet dan kemudahan kesihatan di situ.
Di sebalik semua itu, Zulkifle masih optimis.
"Saya yakin bahawa tenaga dari Bakun akan berguna. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang berusaha keras untuk menarik pelabur," ujar beliau.
Zulkifle turut menolak kebimbangan mengenai keselamatan di empangan batu yang terbesar di dunia itu.
Jelasnya, air yang dilepaskan itu adalah yang dirawat untuk memastikan ia bersih.
Dalam pada itu, selain membekalkan tenaga elektrik, empangan itu dirancang untuk dijadikan produk pelancongan baharu negara ini khusus bagi mereka yang meminati alam semula jadi.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan bagi mempromosi empangan itu sama seperti yang dilakukan terhadap Tasik Kenyir yang kini menjadi antara tarikan utama negara dalam bidang ekopelancongan.
"Tidak mustahil empangan ini akan menjadi popular sama seperti Tasik Kenyir," katanya.

Saturday, October 29, 2011

IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

Friday, October 28, 2011

Surat Untuk Abang Dan Adik





-Surat Untuk Abang Dan Adik-

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..



Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..



Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. 



Semasa membersih rumah using tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku




Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca ♥

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK


1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. 





Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. 





Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. 




Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". 





Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. 





Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. 


Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. 





Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Pesta cahaya keluarga estet





EMPAT tahun lalu, kehidupan Lengesvary Muniandy, 33, berubah mendadak. Hari-hari yang dilaluinya penuh ceria sebelum itu berganti berlinangan air mata serta kesedihan yang tiada penghujungnya berikutan pemergian suami tercinta.
Kanser otak yang meragut nyawa suaminya dahulu kini kembali menghantui diri Lengesvary apabila satu-satu anaknya pula disahkan menghidap penyakit itu.
Walaupun kondisi anak lelakinya yang berusia 11 tahun itu masih terkawal, namun keresahan Lengesvary memang tidak dapat disembunyikan kerana setiap kali anaknya itu mengadu sakit kepala, dia akan membawa anaknya terus ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.
Hidup dalam serba sederhana di Ladang Elmina, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, Lengesvary tidak dinafikan seorang ibu tunggal yang tabah serta tidak pernah sekali menghampakan kehendak anak kesayangannya itu.
“Selepas suami saya meninggal, saya memang tidak ada hati untuk menyambut Deepavali lagi kerana kebiasaannya selepas kematian salah seorang ahli keluarga, kami tidak akan menyambut perayaan itu untuk tahun berikutnya.
KEAKRABAN keluarga (dari kiri) Melinishwaran, Gunasegar, Lengesvary dan Mageswary begitu kuat biarpun hidup dalam serba sederhana di Ladang Elmina, Sungai Buluh.


“Tetapi saya memilih untuk tidak menyambut Deepavali selama empat tahun. Tiada persediaan dilakukan, rumah tidak dihias, tiada kuih dibuat dan saya hanya membelikan anak saya baju baharu,” luah Lengesvary yang sudah 12 tahun mendiami ladang kendalian Sime Darby itu.
Melihatkan anak yang semakin membesar, Lengesvary tidak sampai hati mengecewakan putera kesayangannya itu dan membuat keputusan untuk menolak rasa sedih itu ke tepi dan memenuhi permintaan anaknya bagi menyambut Deepavali tahun ini.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Melinishwaran Ponarsan, 11, enggan makan selama dua hari dan mahu ibunya membuktikan janji yang dibuat bagi merayakan Deepavali.
Kepulangan ibunya bersama barangan persediaan perayaan seperti pakaian baharu buat dirinya dan bahan membuat kuih lantas mengembalikan senyuman Melinishwaran. Akhirnya dia dapat merasai kemeriahan Deepavali di rumah sendiri.
“Tahun-tahun sebelum ini, saya hanya beraya di rumah kawan-kawan di sekitar ladang ini dan tiada sambutan istimewa di rumah.
“Setiap kali melihat rumah kawan-kawan meriah dan cantik berhias menjelang Deepavali, saya rasa sedih kerana rumah saya tidak begitu,” tutur Melinishwaran yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Darah.
Raya gaya estet
Meskipun dikelilingi pohon-pohon kelapa sawit, ia tidak langsung menimbulkan rasa bosan dalam diri 14 keluarga India di ladang itu malah, ia lebih meriah jika dibandingkan dengan sambutan Deepavali di bandar-bandar besar.
EMPAT tahun Lengesvary dan Melinishwaran tidak menyambut Deepavali kerana kematian suami tercinta akibat kanser otak.


Adik kepada Lengesvary, Mageswary Muniandy, 26, menyatakan, saban tahun penduduk di ladang itu akan menyambut apa jua perayaan bersama-sama tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
“Semua orang sama di sini, kami seperti sebuah keluarga besar dan kami selesa dan tenang hidup di ladang ini.
“Kebiasaannya dua atau tiga hari sebelum Deepavali, semua penduduk di sini berpeluang menonton wayang yang dipasang menggunakan layar putih di dewan.
“Malam Deepavali pula kami semua akan berkumpul dan bersama-sama melakukan persediaan untuk keesokan harinya,” ujar Mageswary yang bekerja di sebuah kilang berhampiran.
Bukan itu sahaja, dewan serbaguna yang menjadi pusat aktiviti penduduk di situ juga akan bergema dengan paluan gendang-gendang buatan sendiri kanak-kanak India ladang itu.
Melinishwaran merupakan salah seorang kanak-kanak yang terlibat dengan persembahan yang hanya menggunakan tin-tin kosong itu.
“Tin-tin mereka akan diubah suai agar kelihatan seperti dhol (gendang India) sebenar dan diwarnakan agar kelihatan menarik.
“Lampu pelita akan diletakkan di bawah tin-tin ini sepanjang mereka mengalunkan muzik mereka menjadikan ia satu persembahan serba ringkas namun, penuh makna,” kata Mageswary.
Gabung bangsa

KESEDERHANAAN menjadi tunjang warga estet dalam melakukan persiapan Deepavali.


Seperti kaum India lain, warga ladang juga akan mandi minyak pada pagi hari yang dipercayai mampu membuang rasa panas dalam badan di samping memberikan penglihatan yang lebih cerah pada hari Deepavali.
Mereka kemudiannya akan mengunjungi kuil yang juga terletak di ladang itu bagi upacara sembahyang dan seterusnya pulang ke rumah untuk makan tose bersama ahli keluarga.
Bagi Lengesvary, walaupun rumahnya hanya didiami dirinya dan Melinishwaran, tetapi hidup mereka tidak pernah sunyi dengan kehadiran saudara-mara serta ahli keluarga lain.
Gunasegar Gurupatam, 18, merupakan wajah wajib yang menyambut Deepavali bersama-sama keluarga Lengesvary meskipun memiliki keluarga di Kuala Lumpur.
“Sejak kecil saya rapat dengan keluarga Lengesvary, jadi saya lebih selesa menyambut perayaan ini bersama mereka dan penduduk di sini.
“Suasana di ladang ini cukup istimewa tambahan lagi apabila orang yang berkunjung ke rumah pada hari raya terdiri daripada pelbagai kaum.
“Di sini kita dapat melihat bagaimana utuhnya perpaduan serta semangat mereka dalam menjayakan sesuatu majlis atau perayaan dan situasi sebegini sukar ditemui di bandar,” jelas Gunasegar yang merupakan adik ipar kepada Lengesvary.
Kuih-kuih tradisional kaum India seperti muruku dan ladu pula kebiasaannya menjadi juadah wajib di atas meja setiap rumah di ladang itu dan keistimewaannya ia akan dibuat sendiri.
Gadai rantai

KAWASAN perumahan Ladang Elmina mengandungi 74 buah rumah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.


Berbalik kepada kisah Lengesvary, jika orang lain tidak perlu gusar tentang beban kewangan bagi membuat persiapan perayaan, ibu tunggal itu pula terpaksa menggadaikan rantai emas miliknya semata-mata mahu memenuhi keinginan anaknya.
Tambah Lengesvary yang bertugas sebagai penyelia di ladang itu, segala perhiasan di rumah untuk Deepavali tahun ini merupakan perhiasan lama yang diguna kembali.
Ujarnya, walaupun telah menggadai rantai, dia perlu berhati-hati dalam berbelanja bagi simpanan kecemasan dan belanja rawatan Melinishwaran yang memerlukan pemeriksaan berkala di hospital.
“Memandangkan Melinishwaran masih kecil, saya tidak mahu dia menjalani pembedahan atau mengambil apa-apa ubat kerana bimbang dia akan mempersoalkan penyakit yang dihidapinya.
“Saya hanya mahukan dia hidup normal seperti kanak-kanak lain tanpa perlu risau akan kesihatan dirinya dan tidak dinafikan dia memang sangat aktif,” tutur Lengesvary yang memberitahu bahawa anaknya itu langsung tidak tahu-menahu akan penyakit dalam tubuh badannya itu.
Setiap pagi, Lengesvary akan keluar bekerja pada pukul 6.15 pagi dan ketika itu juga Melinishwaran akan ke sekolah dan hanya bertemu ibunya itu menjelang lewat petang.
Terkenang suami
Memori bersama suaminya masih kuat dalam diri Lengesvary membuatkan dia tidak mahu keluar dari ladang itu walaupun pada hari Deepavali.
“Memang saya masih mempunyai saudara-mara di luar sana tetapi ladang ini banyak memberi kebahagiaan pada diri saya terutama sekali apabila mengenang kembali saat-saat menjaga suami saya ketika dia mula jatuh sakit.
“Dia seorang suami dan ayah yang baik serta sangat menyayangi Melinishwaran. Setiap hari selepas dia pulang bekerja, dia akan membawa anaknya itu bersiar-siar dengan motosikal.
“Ketika dia baru sahaja meninggal dunia, setiap malam Melinishwaran akan tidur bertemankan gambar ayahnya dan perkara itu membuatkan saya sukar melupakannya,” cerita Lengesvary.
Kini, hidupnya hanya tertumpu pada anak dan kerja sahaja. Baginya, perkara lain sudah tidak menjadi keutamaan termasuk mencari pengganti suaminya.
Namun terkadang, Lengesvary meluahkan bahawa setiap kali melihat pasangan suami isteri ceria pada hari Deepavali, secara automatik dia akan teringat kepada suaminya.
“Hanya air mata menjadi penawar, tetapi kini saya tidak mahu kesedihan menyekat kegembiraan Melinishwaran menyambut Deepavali.
“Semoga pesta cahaya kali ini membuka lembaran baharu buat kami dua beranak,” tutur Lengesvary.