TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, April 5, 2016

Kebakaran Gerai di Pasar Malam Brinchang

Kisah kebakaran semalam yang melibatkan kemusnahan 4 buah daripada 16 buah buah gerai sebarisnya di Pasar Malam Brinchang saya kongsikan dengan lebih lanjut hasil petikan berita dari BERNAMA manakala untuk koleksi gambar pula anda boleh melihat  gambar di tempat kejadian di laman Facebook MD Cameron termasuklah kebakaran rumah di Jalan Kuari.


CAMERON HIGHLANDS - Empat gerai pasar malam di Brinchang di sini hangus dalam kebakaran dipercayai akibat litar pintas petang tadi.

Ketua Balai Bomba Cameron Highlands, Haziq Hazmi berkata, kebakaran yang berlaku kira-kira 3.30 petang ini memusnahkan gerai menjual pakaian dan cenderamata.

Katanya semasa kebakaran semua pemilik gerai berkenaan tiada di tempat kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.55 petang dan sebaik tiba, empat gerai itu telah teruk terbakar dan api mula merebak ke gerai bersebelahan.

"Tindakan pantas bomba memadam kebakaran yang mungkin berpunca daripada lintar pintas itu, berjaya menghalang api daripada merebak ke 12 gerai yang terletak sebaris dengannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Haziq, operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya kira-kira jam 5 petang tadi. - Bernama

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock