TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, May 16, 2015

Sewa 'Fat Bike' @ Cameron Square

‎Kalau sebelum ini saya telah kongsikan maklumat khidmat sewaan basikal mountain bike (MTB) di Tanah Rata, tadi saya sempat melihat rupanya khidmat sedemikian turut disediakan di kawasan Kea Farm iaitu di Cameron Square atau ada yang lebih mengenali Aronda Nova.

Saya rasa dari syarikat yang sama berdasarkan harga sewaan dan jenis basikal yang sama disedikan. 

Kelebihan menyewa basikal di sini bagi mereka yang memang kaki MTB adalah lokasi permulaan yang lebih dekat dengan ladang teh di Sungei Palas sekitar 2 km sahaja jaraknya. 

Jadi tidak perlu bermula dari Tanah dengan untuk berbasikal di kawasan ladang teh.

Jadi hubungi mereka untuk maklumat lanjut. Kami hanya berkongsikan maklumat perkhidmatan ini sahaja dan tiada kena mengena dengan perkhidmatan sewaan ini. 


Sekadar berkongsikan maklumat untuk komuniti berbasikal di Cameron Highlands....

Utamakan keselamatan anda.....

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock