TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, May 4, 2015

Jamboree Padang Serai MTB Challenge 2015

‎Cameron Riders memulakan bulan Mei dengan menyahut cabaran Jamboree Padang Serai MTB Challenge 2015 yang berlangsung pada 2 Mei yang lalu di Bumi Jelapang Padi, Kedah Darul Aman. 


Kali ini dengan penyertaan melibatkan seramai 8 orang ahli Cameron Riders yang sememangnya amat bersemangat setelah melalui bulan April tanpa sebarang aktivti jamboree. 


Ternyata cabaran kayuhan berjaya disambut dengan ke semua Cameron Riders berjaya menamatkan cabaran kayuhan sejauh 45 km ini. 


Kedudukan terbaik peserta Cameron Riders didahului oleh Joe di tangga 123 bagi kategori lelaki terbuka dan 245 keseluruhan di kalangan 780 peserta.



Pastinya kenangan mendaki bukit berminyak di ladang kelapa sawit dan cabaran pendakian memeritkan dan menuntut stamina kayuhan yang lasak akan dikenang namun bagaikan hilang semua keperitan tatkala medal penamat dikalungkan oleh si adik manis berbaju merah di garisan penamat.


Dua Ustaz kami, Hayazi dan Fadzli seperti kesipuan di akhir kayuhan... nak dikalungkan ka nak kalung sendiri ni .. iskh iskh ... 

Jangan marah ya ustaz-ustaz... bergurau sahaja.. 

Tahniah semua Cameron Riders ....‎  kisah dari Padang Serai MTB Challenge 2015.


Lagi catatan berkaitan dengan dunia berbasikal bukit oleh Cameron riders di http://cameronriders2014.blogspot.com/ atau klik SINI

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock