TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, December 1, 2014

Cameron Highlands mulai ramai semalam

Catatan ini dibuat pada 1 Disember 2014.

Semalam saya bersama keluarga kecil saya sengaja berjalan-jalan bercuti di sekitar Cameron Highlands terutamanya ke KEA FARM.

gambar hiasan- suasana sesak di Kea Farm
Tujuannya untuk melihat dan merasai sendiri adakah ada perbezaan jumlah pelancong minggu ini berbanding dengan minggu sudah.

Saya mendapati jumlah pelancong mulai bertambah ramai dengan jalan untuk ke Kea Farm sekitar pukul 12 tengahari mulai sesak dar Time Tunnel untuk ke Kea Farm.

Di Tanah Rata sehingga malam tadi kelibat pelancong di kawasan ekspo masih ramai menandakan musim bercuti telah kembali. 

Bersembang dengan beberapa peniaga juga mengakui jumlah pelancong sedikit bertambah berbanding minggu sudah. 

Jadi mungkin telahan mengatakan pelancong tempatan menunggu hari gaji benar. Mungkin juga telahan mengatakan mereka menunggu SPM berakhir juga ada kaitan. 

Dan adakah rasa ketakutan untuk datang ke Cameron Highlands sudah berakhir?

Apapun, SELAMAT BERCUTI di Cameron Highlands...

Sekarang musim tengah hujan ....sejuk sikit ...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock