TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, October 12, 2014

Pantai Batu Hitam , Kuantan, Pahang

Pantai Batu Hitam di Kuantan atau lebih tepat di Sungai Karang, Berserah, Kuantan merupakan salah satu pantai yang menjadi tarikan jika ke daerah ini. 



Ianya dinamakan Batu Hitam kerana koleksi batu karang dan batuan yang bewarna hitam berada di persisir pantainya. 

Ianya jelas kelihatan jika air surut dan anda boleh melihatnya dengan lebih dekat malah kalau anda rajin boleh juga mengutip batuan kecil yang berwarna hitam.



Pantai ini landai dan sesuai untuk mandi manda namun perlu mematuhi amaran keselamatan yang dinyatakan dari masa ke semasa. 

Berhati-hati ketika mandi manda di sini kerana beberapa kes lemas juga turut dilaporkan di sini.

Waktu yang sesuai untuk melihat batuan hitam di pantai ini adalah di waktu air laut sedang surut.






Jika anda datang ke sini sewaktu air pasang seperti gambar-gambar di bawah, tiada kelihatan batuan hitam dapat dilihat. 

Saya teringat ketika zaman sekolah dahulu, saya akan ke sini bersama keluarga yang datang melawat saya di asrama di hujung minggu atau bulan dan pantai ini dipilih kerana mahukan kelainan dalam setiap kunjungan keluarga saya. 


Pantainya walaupun tidak secantik Pantai Teluk Chempedak yang popular namun keselesaan boleh meletak kenderaan sehingga ke gigian pasir pantai memberikan kami lebih kebebasan untuk melakukan perkelahan di samping jumlah pelancong yang kurang.




Dan semasa anda melayan angin laut yang bertiup kencang tetapi bahang panas matahari menbakar kulit pastinya menikmati air laici kang atau air batu campur di gerai-gerai makanan yang terdapat di sini amat mengasyikan....


Untuk ke Pantai Batu Hitam, anda perlu ke Berserah dan menghala ke Balok dan ianya mudah ditemui kerana berada di jalan utama di antara kedua pekan kecil ini.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock