TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, September 23, 2014

Tasik Kenyir, Terengganu ... Taman Herba

Catatan yang kedua ini saya bercerita sedikit mengenai Taman Herba di Tasik Kenyir. 


Terletak di dalam Pulau Sah Kecil yang berkeluasan 16 hektar. Jaraknya dari Pengkalan Gawi adalah sekitar 7 km sahaja dengan durasi bot laju sekitar 15 minit perjalanan.

Taman Herba ini dibawah pengurusan Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai pembangunan di Tasik Kenyir ini. 


Taman Herba ini mempunyai lebih 200 spesis tanaman herba yang dibawa dan ditanam khusus sebagai pusat informasi mengenai koleksi herba di sini. 


Di sini anda boleh melihat sendiri koleksi tanaman herba yang mungkin selama ini sekadar didengar atau tanpa sedar menjadi minuman anda seperti kacip fatimah, tongkat ali dan pelbagai lagi.


Apabila anda tiba di Pulau Sah Kecil ini, anda akan terpesona dengan kehijauan airnya yang begitu tenang. 

Pulau ini tidak sunyi kerana berhadapan dengan Rumah Rehat Peranginan Persekutuan di sebelahnya iaitu di Pulau Sah. 


Dari Jetinya anda mendaki sedikit tangga ke pintu masuk dan pastinya anda akan segera ke anjung rehat yang mempunyai pemandangan tasik yang menarik. 

Bergambar adalah aktiviti wajib di sini. 


Kemudian anda boleh mencuba laluan reflekselogi yang diperbuat dari batuan kecil untuk menuju ke kawasan aboerantumnya yang menghimpunkan koleksi tanaman herba. 

Saya memerhatikan koleksi tanaman herba yang rupanya selama ini berada di sekeliling kawasan kerja saya di Cameron Highlands. 

Maklumlah tak kenal maka tak cinta. Asyik ingat Tongkat Ali sahaja...

Kami tiba di kawasan Pondok Harmoni yang unik diperbuat daripada pohon kayu hutan dan beratapkan rembia kalau tak silap saya. 


Di sini terdapat sesi penerangan dan juga poster informasi berkaiatan tanaman herba dan khasiatnya. 

Seronok pula membaca satu demi satu informasi berkaitan botani tanaman herba ini kerana dibekalkan pula informasi khasiat masing-masing sehinggakan anak-anak saya sudah mulai bosan.  

Juga di sini anda boleh menikmati atau mencuba sendiri air rebusan tongkat ali yang memang asli dan sangat pahit. 

Bagi kaum ibu, rebusan Kacip Fatimah disediakan untuk anda. 

Manakala bagi kanak-kanak pula air rebusan mahkota dewa yang sesuai untuk mereka ditawarkan secara percuma.

Airnya di buat dan direbus di pondok ini sendiri oleh kakitangan Taman Herba.

Kami tidak lama di pondok ini kerana ingin melihat kawasan sekitarnya. 

Saya sangat mencadangkan kepada anda untuk mencuba laluan lain ketika pulang ke jeti bagi mencari sisi yang berbeza. 


Antaranya berdekatan dengan tandas terdapat kawasan teluk tasik yang menghijau airnya manakala bangunan chalet yang tidak siap-siap di penghujung kawasan teluk ini memungkin sebagai salah satu pilihan penginapan di masa hadapan kelak. 




Air yang menghijau di kawasan ini agak menenangkan jiwa namun untuk berlama-lama di sini tidak pula berpeluang kerana mengikut pakej yang telah disediakan dan kami perlu bergerak ke Air Terjun Saok yang sekitar 1 hingga 2 km jaraknya dari Pulau Sah kecil ini.


Kami turun semula ke jeti untuk menaiki bot setelah menghabiskan lebih 1 jam minit di sini dan selalunya mengikut kata pemandu bot kami, pelancong kurang berlama-lama di sini kerana tidak suka untuk membaca informasi dan menganggapnya agak membosankan. 


Namun pemandu bot tidak mengetahui bahawa saya berlatarkan pertanian dan bagi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai informasi mengenai pertanian adalah menyeronokan.  

Kami kembali ke bot dan meneruskan perjalanan ke Air Terjun Saok ... ikuti di catatan saya. 

ikuti di catatan saya mengenai air terjun ini nanti ...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock