TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, September 2, 2014

No Plate untuk CHTT 2014

Berkongsikan maklumat CHTT 2014 yang saya muatnaikan terlebih dahulu di laman blog Cameron Riders .
____________________________________
 
Sebaik sahaja anda melapor diri pada 5 SEPTEMBER 2014 di Heritage Hotel, anda akan diberikan nombor plate setiap seorang seperti antara contoh awal rekabentuk nombor plate di bawah.
 
 
 
Setiap peserta wajib untuk memasang nombor plate ini di bahagian unit basikal masing-masing untuk pemeriksaan.
Jika anda gagal untuk meletakkan nombor plate ini, pihak urusetia melalui Marshall Pertandingan berhak menghalang anda untuk meneruskan kayuhan bersama dengan peserta yang lain.
Terdapat 4 ruang check point (CP) yang anda perlu pastikan mendapat stiker yang telah dikhaskan sebagai pengesahan anda telah melalui sepenuh laluan yang ditetapkan.
Kegagalan anda membuktikan perolehan 4 stiker khas ini boleh menyebabkan kemenangan anda dibatalkan atau anda tidak akan disahkan berjaya menamatkan kayuhan.

Juga terdapat tiga nombor perhubungan kecemasan yang boleh anda hubungi jika berlaku sebarang kecemasan ketika kayuhan anda selain mendapatkan bantuan marshall berdekatan.
Selain itu juga ketika anda sampai di tempat penamat, keratan penjuru nombor anda akan dipotong untuk pengesahan menamatkan kayuhan dan juga kemudian akan digunakan untuk sesi cabutan bertuah.
Manakala di penjuru kanan adalah kupon untuk mendapatkan makanan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur hanya kepada peserta sahaja.
Jadi pastikan semasa melaporkan diri dan mengambil goodies nanti, nombor plat anda telah diterima dan pastikan juga ianya digantung di unit basikal anda.
 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock