TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, June 28, 2012

Catatan Perjalanan: Jalan-jalan di Melaka... Lorong Harmoni..

Bersebelahan dengan Jonker Walk, terdapat satu lagi keunikan di sebatang jalan iaitu sepanjang Jalan Tukang Emas. Jalan ini dinamakan sedemikian kerana di sinilah lokasi kedai dan tukang emas yang mula-mula dibuka di Melaka ini.

Lebih uniknya di sinilah terletaknya sebuah Masjid , Kuil dan Tokong yang amat berdekatan antara satu sama lain. Pastinya setiap satunya membawa kefahaman dan anutan agama masing-masing yang berlainan tetapi suasananya cukup harmoni kerana sifat saling hormat menghormati kepada agama yang lain.

Dengan Masjid Kampung Kling dibuka seawal 1748 lagi (di sini catatannya) dan begitu juga dengan Kuil Poyyatha Vinayagar Moorthi yang berasaskan fahaman Hindu dan Tokong Cheng Hoon Teng yang berpandukan kepada Budha. Terdapat juga Tokong Xiang Lin Sin dan sebuah lagi di simpang Jalan Portugis.

Jarak antara satunya hanyalah sekitar kurang 100 meter dan masing-masing mengamalkan ritual keagamaan masing-masing saban hari. Begitu juga dengan bilangan pengunjung yang menghadirkan diri di pusat ibadah masing-masing tanpa rasa takut dan bimbang.

Selain itu juga di sini terdapatnya pelbagai kedai yan unik seperti kedai tukang besi dan logam, kedai tukang batu yang membuat perkakasan rumah seperti lesung penumbuk dan batu nisan, kedai lukisan yang mana anda akan melihat bagaimana pelukisnya yang berbangsa Cina melukis batik dan banyak lagi yang menarik untuk anda singgahi di sini.

Bagi saya.. tidak rugi singgah di sini...

Catatan Perjalanan: Jalan-jalan di Melaka... Jonker Street

Berjalan ke Melaka, sejarah melebar luas terutamanya jika berada di Bandar Hilir. Bukan satu, dua atau tiga lokasi yang anda boleh kunjungi tetapi begitu banyak.  Dari monumen bangunan lama, membawa ke koleksi artifak sejarah yang terdapat didalam begitu banyak muzium hinggalah kepada pembaharuan yang begitu menyenangkan anda sebagai pelancong ke sini.  
Antara tarikan lama yang masih kekal dan segar dengan kunjungan pelancong khasnya berbangsa Cina dan luar adalah Jonker Street.

Apa yang menarik dan apa sebenarnya Jonker Street ini?
Semasa kunjungan waktui siang saya ke sana, saya hanya sempat sekadar 45 minit sahaja kerana mengejar waktu sembahyang Jumaat namun rasanya cukup sekadar mengetahui apa yang ada di sini.

Jalan ini popular kerana kedudukan dan senibina kedai yang antik dan berusia puluhan tahun dari seawal perkembangan Melaka lagi. Senibinanya banyak dipengaruhi dengan budaya senibina masyarakat Cina dan Baba & Nyonya.

Ianya menjadi pusat perniagaan utama sama seperti Jalan Bunga Raya dan Jalan Kampung Hulu  menghala ke Kampung Jawa yang dipenuhi dengan deretan kedai yang didominasi oleh peniaga Cina dan juga India.

Maka tidak hairanlah Jonker Walk juga dikenali sebagai Chinatown tetapi jika anda melihat peta dan google, anda akan mendapati Jonker Street ini berada di Jalan Hang Jebat. 

Apa yang boleh diperolehi di sini? Pemerhatian saya adalah seperti barangan cenderamata, makanan berasal dari keturunan baba dan nyonya, barangan antik dan pelbagai lagi.

Malam Sabtu dan Ahad merupakan malam yang sibuk dengan jalan yang sempit ini akan dipenuhi oleh pengunjung. Biasanya laluan ini akan ditutup untuk aktiviti pasar malam. Bulan February pula adalah bulan yang paling meriah kerana menjadi kelaziman mereka menyambut Tahun Baru Cina secara besar-besaran.  

Laluan jalan ini agak kecil dan sempit sesuai dengan sejarahnya yang dibina seawal 1900 an.

Terdapat banyak lorong-lorong kecil yang menghubungkan dengan jalan yang lain dan antaranya Jalan Tukang Besi, Jalan Kampung Kuli, Jalan Hang Jebat, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir, Jalan Laksamana, Kampung Jawa dan Jalan Portugis.

Dengan hanya berjalan kaki, anda akan dapat menemui beberapa lagi lokasi bersejarah seperti Makam Hang Kasturi, Makam Hang Jebat di Jalan Kampung Kuli, Masjid Kampung Kling di Jalan Tukang Emas yang berdekatan dengan Kuil Poyothha Vinagayar Moorthi dan Tokong Cheng Hoon Teng.





Lokasi Jonker Street ini amat dekat dengan Bangunan Stadhtuy dan koleksi muzium di Jalan utama Bandar Hilir iaitu Jalan Laksamana.

Wednesday, June 27, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Jalan Pos Betau ke Ringlet...

Dalam beberapa catatan saya terdahulu samada ditulis sendiri atau memanjangkan catatan pihak ketiga ada saya terangkan bahawa untuk sampai ke Cameron Highlands boleh melalui 4 laluan tidak termasuk laluan udara.

Pertamanya laluan lama yang menjadi nadi kepada daerah perlancongan ini iaitu Jalan Pahang ataupun lebih dikenali dengan jolokan nama Jalan Tapah- Ringlet.  

Bagi laluan ini terdapat beberapa catatan yang  berkaitan seperti ini, ini, ini dan ini. (Untuk mengetahui isi INI, sila klik untuk catatan sepenuhnya.)

Manakala sekitar hujung 90 an, laluan kedua mula dibina dan akhirnya dibuka kepada umum iaitu Laluan Simpang Pulai - Kg Raja sejauh 84 km yang dibina sebagai jajaran baru perhubungan antara Perak - Pahang dan Kelantan. Saya masih belum berkesempatan untuk membuat catatan mengenai laluan ini.


Rasanya bahan-bahan seperti gambar ada dalam simpanan saya. Menjadi pilihan bagi mereka yang ingin ke daerah ini dengan lebih selesa terutamanya kepada yang berkeluarga ataupun yang datang dari arah utara tanahair.

Sama pembukaan jajaran Simpang Pulai ini adalah bersambungan pula dari Gua Musang ke Kg Raja. Jalan ini juga merupakan jajaran baru yang dibina khusus untuk menghubungkan Timur dan Utara.


Menariknya bilamana ianya dibuka dapat dilihat pembangunan dan pembukaan tanah baru untuk aktiviti pertanian sehingga Daerah Kecil Lojing dibuka secara rasmi oleh DYMM Sultan Kelantan sekitar 2011.

Panjang pula bercerita diatas jajaran laluan Ringlet ke Pos Betau di Kuala Lipis pula menjadi laluan terbaru dibuka kepada awam sekitar tahun lepas selepas melalui 4 fasa pembinaan.

Laluan ini sekitar 85 km bermula dari Pekan Lembah Bertam, Ringlet melalui kawasan tanaman sayuran, kampung-kampung Orang Asli, hutan simpan dan akhirnya bertemu semula penempatan Orang Asli Pos Betau sebelum melalui jalan ke Felda Sungai Koyan.

Petikan berita yang saya perolehi dari laman sesawang yanga laian mengatakan sebegini :
Ketua Penolong Pangarah Kanan Jalan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Aminuddin Md Yusoff telah mengumumkan projek jalan utama dari Pos Betau ke Lembah Bertam dijadual siap pada Mac 2010.
Pembinaan jalan tersebut membabitkan empat pakej iaitu Jalan Sungai Koyan ke Pos Betau sepanjang 19 km, Pos Betau-Bukit Petubong dekat Sungai Temahang (22km), Jalan Bukit Petubong-Kampung Susu dekat Sungai Bertam (19.5km) dan Jalan Kampung Susu-Ringlet (18.6km).
Jalan sepanjang 79.1 kilometer tersebut telah dibina sejak tahun 1999 dan kos keseluruhan adalah sebanyak RM608 juta. 
Laluan tersebut akan lebih menarik apabila Projek hidroelektrik di Empangan Susu di Ulu Jelai dekat sini dijadual bermula Oktober 2009 dan dijangka siap pada akhir 2014. Projek yang dikendali oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu akan melibatkan kawasan seluas 388 hektar yang meliputi 2.5 peratus daripada keseluruhan kawasan tadahan hujan.
Projek itu juga akan melibatkan kerja-kerja pembinaan terowong dan stesen janakuasa yang mampu menjana sehingga 372 megawatt.

Laluannya agak santai dengan kualiti jalan yang baik dan selekoh yang tidak bergitu tajam. Selain itu sepanjang perjalanan anda akan melalui kawasan hutan dan penempatan orang asli dan sila berhati-hati jika memandu di waktu malam kerana bimbang mereka bermotorsikal tanpa lampu.

Kekurangan di laluan ini adalah gelap gelita bilamana waktu malam dan jarak antara penempatan yang agak jauh menyukarkan untuk mendapatkan bantuan jika perlu. Cuma baru-baru kegiatannya agak meriah bilamana syarikat TM SALINI telah memulakan pembinaan Empangan Jelai yang baru. Catatan mengenainya akan saya masukan kemudian bila info yang lebih tepat diperolehi. 


Dari Simpang Felda Sungai Koyan pula anda boleh memilih samada untuk ke Raub ataupun Kuala Lipis. Jika ke Raub, anda akan melalui Felda Sungai Koyan, Felda Tersang, Kampung Bukit Talam (ingatkah anda kepada kes Mona Fendi)  Kg. Cherul dan akhirnya sampai ke Bandar Raub.

Anda juga akan melalui kawasan rekreasi popular di Raub seperti Malim dan juga sungai-sungai Raub yang popular untuk aktiviti lasak.  Insyallah saya akan tambah maklumatnya nanti bila berkesempatan dan menemui kembali koleksi gambar berkenaan.


Bagi pendapat peribadi saya, jika anda dari arah timur seperti Bentong, Temerloh, Jerantut dan kawasan sekitarnya, laluan ini wajar menjadi pilihan jika ingin datang ke Cameron Highlands. Pandu Cermat Jiwa Selamat ...

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Raflesia...

Saya sekadar memanjangkan penemuan khazanah alam semulajadi ini yang ditemui di Royal Blom Grik. Namun jika anda ingin melihat yang bunga Raflesia yang biasa, Cameron Highlands juga tidak kurang hebatnya. Cuma kadangkala ianya menjangkau ke kawasan Penempatan Orang Asli di Lojing, Kelantan yang terletak bersempadanan dengan daerah kami ini.

Cuma untuk anda melihatnya sendiri merupakan sesuatuyang agak sukar dilakukan sendirian kerana selalunya lokasi jauh ke dalam dan memerlukan perjalanan merentas denai hutan. Malah untuk pergi secara 'gamble' atau memperjudikan nasib sebegitu sahaja bukanlah langkah yang bijak dan berbaloi.

Selalunya maklumat yang tepat diperolehi dari agen kembara yang terdapat di Cameron Highlands dimana mereka mendapat maklumat lokasi terkini bunga gergasi ini melalui Orang Asli yang diupah untuk mencari lokasi bunga ini. Hanya perlu mengunjungi kiosk mereka dan pakej sekitar RM 70-95 seorang biasanya akan berbaloi dengan tawaran dan pengalaman yang bakal anda perolehi kelak. Klik DI SINI untuk ke catatan mengenai travel agent di Cameron Highlands.

Saya sendiri belum berkesempatan untuk menjengah bunga ini tetapi bilaman berkongsi kisah daripada kalangan pelancong amat teruja dan Insyaallah suatu hari nanti akan tercapai hajat ini ..

IYLIA Ainuddin (kanan) bersama Pegawai Penyelidik FRIM, Siti Munirah Mat Yunoh menunjukkan bunga Rafflesia yang mempunyai 10 kelopak bunga di Royal Belom, Gerik, semalam. - utusan/Roy Azis Abd Aziz
IPOH 26 Jun - Bunga pakma atau Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia lazimnya ditemui mempunyai lima kelopak.

Bagaimanapun, spesies hibrid betina fauna berkenaan ditemui memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Gerik dekat sini, Sabtu lalu.

Tumbuhan parasit tersebut ditemui seorang pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak ketika menjalankan kerja-kerja rutin harian menyelia kawasan berkenaan.

Pengurus Perbadanan Taman Negeri, Iylia Ainuddin berkata, penemuan bunga itu yang dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies R. azlanii dan R. cantleyi telah disahkan sebagai yang pertama di dunia.
 

Kalau anda mempunyai pengalaman melihat bunga gergasi ini di Cameron Highlands, bolehlah berkongsi pengalaman anda di ruang ulasan dibawa... mungkin boleh juga berkongsi tip untuk mereka yang ingin melihat bunga ini.

Pekan Tanah Rata...

Memanjangkan kisah yang tersiar di Kosmo hari ini mengenai Pekan Tanah Rata..


KEPULAN kabus putih yang melitupi sebahagian besar kehijauan di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands sudah cukup untuk menterjemahkan suasana pada awal pagi itu.

Dengan persekitaran sebegitu adalah mustahil jika seseorang boleh keluar rumah hanya memakai sehelai kemeja tipis yang berlengan pendek tanpa baju sejuk atau stokin. Namun, itu cerita tiga dekad lalu. Kini, pakaian senipis itu sudah memadai walaupun pada awal pagi.

Suprumanian Karuppichu, 58, mengakui suhu di Tanah Rata, Tinggi Cameron, Pahang, tidak sama seperti dahulu. Seingatnya sekitar tahun 1960-an, tahap kesejukan di tanah tinggi itu mencecah antara 14 hingga 15 darjah Celsius.

"Dulu, kami wajib memakai baju sejuk beberapa lapis, sarung tangan dan topi untuk memanaskan badan. Di rumah pula, saya sentiasa memanaskan badan di depan pendiang api sambil menikmati minuman panas.

"Hari ini senario telah berubah. Cuaca di Cameron Highlands sudah tidak begitu sejuk. Mungkin disebabkan pembangunan pesat di daerah ini. Sebelum ini kawasan Tanah Rata dipenuhi dengan rimbunan pokok dan udaranya bebas habuk," kata Suprumaniam yang dibesarkan di Tanah Rata.

Menurut Suprumaniam, Tanah Rata merupakan pekan pertama yang dibuka dan beroperasi di Cameron Highlands. Penduduk setempat kerap berkunjung ke pekan itu kerana ia menjadi pusat pentadbiran, komersial dan komunikasi sekali gus menjadi tumpuan pelancong.

Bahkan, deretan kedai serbaneka, bank, pejabat pentadbiran, sekolah dan stesen bas utama yang menghubungkan penduduk di Cameron Highlands dengan masyarakat luar terletak di Tanah Rata.

"Tanah Rata hanya sebuah pekan kecil yang memberi kemudahan kepada masyarakat tempatan untuk melakukan urusan kewangan, peribadi dan membeli barang dapur. Selain bank, di sini juga terdapat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), klinik, kedai telefon bimbit dan taman istirehat," tambah Suprumaniam yang bekerja sebagai pemandu teksi di Cameron Highlands.

Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Ia terletak setinggi 1,829 meter dari paras laut dan mempunyai suhu antara 18 hingga 24 darjah Celsius.

Pusat peranginan tersebut mendapat nama daripada seorang pegawai Inggeris, William Maxwell William Cameron yang menjalankan kerja-kerja ukur dan membuat peta di kawasan itu pada tahun 1885.

Beliau mendapati kawasan berkenaan mempunyai sebahagian besar tanah yang sedikit rata dan bercerun serta sesuai dijadikan penempatan.

Malangnya, idea itu dipandang sepi sehinggalah dua dekad kemudian seorang pegawai Inggeris, Sir George Maxwell, membangunkan dua buah kawasan yang dikenali sebagai Brinchang dan Tanah Rata iaitu kawasan yang menempatkan pentadbiran dan perumahan pegawai Inggeris.

Perubahan Tanah Rata
Pelancong yang ingin mengetahui asal-usul dan sejarah mengenai Tanah Rata mengunjungi Galeria Time Tunnel yang terletak di Brinchang.

Jarak Tanah Rata ke Brinchang sekitar lima kilometer (km).

Di Galeria Time Tunnel, pengunjung berpeluang membaca kisah-kisah menarik mengenai pekan Tanah Rata. Antaranya foto hitam putih yang mempamerkan suasana pekan berkenaan sekitar tahun 1930-an sehinggalah hari ini.
 
"Seperti pekan-pekan lain, Tanah Rata juga melalui proses perubahan dari segi pembangunan dan penambahbaikan. Sekitar tahun 1930-an, Tanah Rata ibarat sebuah pekan ala koboi.

"Ia hanya terdiri daripada deretan kedai yang diperbuat daripada kayu. Jalan raya tidak bertar dan penduduk pada waktu itu menjalankan aktiviti harian dengan menaiki basikal atau motosikal," terang pemilik Galeria Time Tunnel, See Kok Suen, 49.

Bagaimanapun, sekitar tahun 1940-an, berlaku perubahan pada deretan kedai di Tanah Rata apabila bangunan tersebut didirikan menggunakan batu-bata.

PERKHIDMATAN bas, teksi dan kereta
sewa ada ditawarkan di pekan Tanah Rata.
Pada masa itu, rata-rata jalan utama di Cameron Highlands berlantaikan tanah merah. Hari ini ia telah diturap dengan tar. Sebahagian besar penduduk Cameron Highlands lebih selesa menggunakan pacuan empat roda manakala sebahagian besar hanya berkemampuan memiliki basikal yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM80. Kebanyakan basikal berkenaan merupakan jenama antarabangsa seperti Raleigh dan Robin Hood.

Bank pertama
Lewat 1940-an, tiada banyak perubahan berlaku di Tanah Rata kecuali kewujudan bank Hong Kong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) pada tahun 1945. Ia merupakan bank pertama di Cameron Highlands yang masih beroperasi sehingga ke hari ini.

"Ramai yang terkejut bagaimana bank HSBC boleh dibuka di sebuah pekan kecil padahal umum mengetahui biasanya ia beroperasi di bandar besar. Pembukaan bank ini bertujuan untuk kemudahan residen Eropah yang bekerja dan bercuti di Cameron Highlands melakukan transaksi kewangan.

"Selain bank HSBC, pada tahun yang sama, Tanah Rata juga mempunyai sebuah hospital iaitu Hospital Militari British," terang See yang mengambil keputusan membuka sebuah muzium masa pada tahun 2007 bagi menyimpan serba sedikit peninggalan sejarah mengenai Cameron Highlands.

Adakah Cameron Highlands hanya sesuai dikunjungi dalam kalangan mereka yang berkeluarga? Bagi Aziha Abdul Aziz, 30, dia gemar bersantai di Cameron Highlands bersama teman ataupun keluarga.

Destinasi percutian yang kaya dengan khazanah hutan semula jadi itu menjadi pilihan Aziha untuk berehat serta melupakan seketika hiruk-pikuk kota.

Aziha yang menetap di Petaling Jaya, Selangor itu menjelaskan, keistimewaan Cameron Highlands terletak pada cuacanya yang sejuk dan keindahan persekitaran yang terjaga meskipun terdapat banyak pembangunan.

"Cameron Highlands mengalami banyak transformasi dari aspek pembangunan moden terutamanya pekan Tanah Rata. Dulu lain, sekarang pun lain. Saya cukup tertarik dengan sejarah dan cerita tentang Tanah Rata yang dipamerkan di Galeria Time Tunnel.

"Sebelum ini terdapat beberapa buah kedai sahaja di Tanah Rata tetapi kini ia semakin maju seiring dengan peredaran semasa. Boleh dikatakan segala-galanya ada di sini," terang Aziha yang teringat zaman kanak-kanaknya apabila melihat bahan pameran yang terdapat di Galeria Time Tunnel.


CIRI-CIRI binaan di Cameron Highlands cukup
sinonim dengan konsep ala Inggeris.
Dalam pada itu, seorang pelancong dari Australia, Greg Don menyifatkan Cameron Highlands merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan menenangkan fikiran.

Pertama kali menjejakkan kaki pada awal Februari lalu, Don terpaku dengan kecantikan flora dan fauna yang terdapat di tanah tinggi itu.


Dia tidak menyangka kawasan tanah tinggi bersuhu dingin itu masih kekal hijau dan menyajikan persekitaran yang bersih meskipun aktiviti pembangunan tiada bernoktah.

"Perkara yang paling saya kagum ialah struktur jalan rayanya yang baik dan dikelilingi pepohon hijau. Sistem pembangunannya juga agak tersusun.

"Brinchang terkenal dengan lokasi yang menawarkan kepelbagaian makanan dan kedai serbaneka manakala Tanah Rata pula sebuah pekan yang menyediakan institusi kewangan, restoran, pusat informasi, klinik kesihatan dan stesen perhentian bas. Pengunjung juga berpeluang menikmati secawan kopi di kopitiam atau Starbucks di sini," terang Don yang melawat Cameron Highlands bersama isteri, Nicole Don, 54.

Menurut salah seorang staf dari agensi pelancongan Hill Top Travel & Tour Sdn. Bhd., Budi Utomo, 23, pekan Tanah Rata sentiasa menjadi tumpuan pelancong kerana terdapat banyak kaunter agensi pelancongan di pekan tersebut.

Bagi mereka yang baru pertama kali berkunjung ke Cameron Highlands terutama pelancong asing, biasanya cenderung mendapatkan perkhidmatan agensi pelancongan untuk meneroka keindahan di tanah tinggi itu.

"Biasanya masyarakat tempatan suka bersiar-siar sendiri. Pelancong tempatan suka menghabiskan masa di ladang teh, ladang strawberi, membeli sayur-sayuran dan ke kedai kaktus.

"Pelancong asing lebih selesa sekiranya percutian mereka dibantu oleh pemandu pelancong. Mereka lebih suka memilih pakej kembara lasak seperti aktiviti merentas hutan, air terjun dan demonstrasi menyumpit," terang Bayu bahawa Disember dan Januari merupakan bulan paling sibuk bagi kebanyakan agensi pelancongan di tanah tinggi itu.

Tuesday, June 26, 2012

Perkahwinan jarak jauh...dari Malaysia ke Bangladesh..

Apa yang anda akan fikirkan bila membaca tajuk di atas? Membayangkan kehidupan selepas berkahwin yang terpaksa berpisah sementara seperti istilah 'weekend husband' dan pelbagai lagi. Tetapi kisah yang sebenarnya "Majlis Akad Nikah dari Jauh, melalui panggilan telepon!"

Sebenarnya kisah diatas adalah kisah yang nyata yang berlaku dan disaksikan sendiri. Mungkin budaya atau amalan ini mendapat pendapat yang berbeza bagi kita semua tetapi bagi warga Bangladesh ini, amalan ini telah lama diterima.
Perkahwinan melalui jarak jauh .. atau akad nikah dari jauh sekadar menggunakan telepon ... pelik ? sah ke? wallahualam ...

Mutiar, berumur sekitar 25 tahun dan telah bekerja di Malaysia melebihi 6 tahun lamanya tanpa pernah balik ke negara asalnya Bangladesh.

Ketika sampai ke Malaysia, beliau masih muda remaja dan belasan tahun. Berat hatinya tidak mungkin tidak seberat hati kedua ibubapanya untuk melepaskan dia merantau jauh keseorangan. Jauh dari pandangan dan juga kelibat yang boleh disaksikan dalam masa setahun dua.

Namun menjadi tradisi untuk anak muda di Bangladesh merantau bukan sahaja ke Malaysia malah hampir serata dunia hanya untuk mencari rezeki yang lebih dan lumayan berbanding di negara mereka sendiri demi masa depan yang lebih baik.

Setiap bulan, hampir lebih separuh gajinya dihantar pulang untuk bekalan ibu dan bapa serta adik-adik yang lebih muda. Abangnya juga berada di Malaysia merantau sepertinya.

Setelah enam tahun, bukan sedikit cabaran pahit dan getir yang dilalui dari mula 'sah' passport dan permit kerja sehinggalah menjadi status 'pendatang asing tanpa izin' kerana melebihi tempoh permit kerja setelah bertukar beberapa kali majikan. Alasannya telah ditipu dan ingin mengikut saudara yang lain.

Hidup dalam ketakutan dan menyinsih diri dari keseronokan kerana sedar dirinya berstatus 'gelap'. Namun jauh di sudut hatinya, ingin pulang ke Bangladesh biarpun seketika.

Dari usia belasan kini memasuki 25 tahun, gelojak jiwa mudanya kian membara untuk beristeri. Namun bukan gadis Malaysia yang diinginkan tetapi lebih kepada selera dari negara asal. Tapi apakan daya, passport yang telah tamat tempoh memustahilkan dirinya boleh pulang ke sana.

Penghujung tahun 2011, peluang untuk pulang bersinar terang dengan program 6P oleh Kerajaan Malaysia. Lantas tanpa berlengah dia mendaftarkan diri dengan majikan baru dan akhirnya passportnya diperbaharui dan permit kerjanya sah kembali. Kini berstatus pekerja asing sah memberikan satu semangat untuknya pulang ke kampung pada bulan 8 ini serta berhari raya disana.

Namun lain pula perancangan ibu dan bapanya. Mendengar anak bujang dirantauan mahu pulang setelah 6 tahun berpisah jauh, mereka bukan sekadar merancang sambutan kepulangannya tetapi lebih istimewa ketika pulang nanti bukan sekadar ibu dan ayah menanti tetapi seorang Isteri akan menemaninya.

Perancangan dibuat awal. Seorang gadis berjaya memikat hati ibu dan bapanya lantas disunting menjadi suri kepada Mutiar. Selepas mendapat galakan dan sekeping gambar dihantar menjadi pengenalan diri, akhirnya dia setuju untuk berkahwin. Namun untuk menanti lagi dua bulan terlalu lama dan akhirnya menjadi kelaziman seperti yang lain untuk berakad nikah melalui talian telepon.

Majlis ringkas diatur. Kawan-kawan memberi sokongan. Merekalah menyediakan hidangan, menyiapkan tempat dan menghadiahkan sepersalinan serta seutas jam berwarna emas sebagai hadiah perkahwinan. Seorang Imam di kalangan warga Bangladesh tempatan di panggil bagi menjadi saksi di sini.

Hari yang di tunggu telah tiba. Dikelilingi rakan-rakan senegara dan kami, mereka menanti penuh debar saat ini. Bagi Mutiar tidak senang duduknya. Telepon di top up sebanyak mungkin bagi panggilan jauh ini.

Majlis yang dijangkakan bermula pukul 6 petang di Malaysia atau 4 petang di Bangladesh dimulakan dengan sedikit tazkirah dalam bahasa Bangladesh oleh imam mereka. Selepas mendapat panggilan dari sana, mereka mula berbincang mengenai hasrat hati.

Cuma sedikit lari dari perancangan bilamana  keluarga perempuan meminta tambahan hantaran dari 1 lakh kepada 1.5 lakh ataupun RM4 ribu kepada RM 6. Usaha untuk berbincangan dilakukan demi memastikan majlis berjalan lancar. Adakalanya kelihatan Mutiar seperti mahu membatalkan majlis ini.

Selepas hampir sejam berbincang akhir selepas solat Maghrib, majlis akan nikah dijalankan. Dimulakan dengan khutbah nikah ( saya tak paham) oleh jurunikah dari sana dan dimulakan dengan akad nikah yang perlu diikuti oleh Mutiar.

Akhirnya, Mutiar Sah Menjadi suami kepada Subana, gadis berusia 16 tahun yang tidak pernah ditemuinya. Malah pastinya perjalanan menuju bulan 8 ini akan terasa lambat untuk dilalui ...
Selamat Pengantin Baru Mutiar... pesanan dari kami ... Sabor aje laaaaa....

Majlis diteruskan dengan makanan kenduri kahwin iaitu Nasi Beriani Ayam+ Daging + Acar + manisan.... jom makan ... sedaaaaap......


Tuesday, June 19, 2012

Catatan Perjalanan : Jalan-Jalan di Melaka..Masjid Kampung Hulu

Selepas mengunjungi Masjid Kampung Kling, saya menuju pula ke sebuah lagi Masjid yang popular malah dikatakan paling tua di Negeri Melaka iaitu Masjid Kampung Hulu.

Dari Jalan Tukang Emas saya melewati pula Jalan Bunga Raya untuk ke yang tertua di bina di Melaka  yang dikatakan dibina sekitar 1702-1728 Jalan Kampung Hulu, Banda Hilir.
Masjid ini terletak dihadapan barisan kedai-kedai milik peniaga Cina dan yang paling popular adalah Supermarket Tong Hup yang dikatakan murah baranganya dan tidak hairanlah jika ianya kelihatan sibuk di waktu siang.
Berbeza dengan Masjid Kampung Kling, masjid ini lebih luas kawasan halamannya dan mempunyai ruang letak kereta yang luas.


Namun terlihat sedikit persamaan dengan senibina Masjid Kampung Kling dan masjid-masjid yang lain di Melaka iaitu tiga paras bumbung yang berbeza dan juga menara seakan-akan pagoda.

Kelainan seni bina masjid lama di negeri ini jika dibandingkan dengan masjid di negeri-negeri lain adalah terletak pada tiga lapisan bumbungnya yang diperbuat daripada tanah liat dan sebuah menara batu yang berbentuk seperti kubu, namun sebenarnya berfungsi sebagai tempat laungan azan.


Masjid-masjid lama di negeri ini juga mempunyai empat tiang seri yang menjadi pendokong kepada bumbung dan lantai masjid.
Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.

Dikatakan mendapat pembiayaan oleh Belanda dan diketuai pembinaanya oleh Datuk Samsudin bin Arom yang merupakan seorang pendagang dari negara China.


Malah kalau mengikut Utusan Malaysia ianya merupakan dibina kerana niat selepas terselamat dari peristiwa kapalnya karam. Malah segelintir masyarakat tempatan mengelarkan masjid ini sebagai Masjid Niat.
Itu berkenaan dengan sejarah tetapi yang berikutnya adalah berkenaan pemerhatian saya ke masjid ini. Biarpun hari Jumaat, saya dimaklumkan giliran sembahyang jumaat minggu itu adalah Masjid Kampung Kling namun saya melihat masjid ini masih meriah dengan kunjungan pelawat dan warga tempatan.
  
Antara yang mungkin sedikit culas kepada saya ialah aktiviti mengambil air kolah masjid ini untuk dijampikan oleh seorang 'ustaz' (barangkali) dibahagian luar masjid.


Menurut sisipan Utusan Malaysia, penduduk sekitarnya mempercayainya air kolah masjid ini mujarab untuk merawat sakit-sakit badan dan sebagainya. Wallahualam.
Banyak kisah di sebalik sejarah mengenai masjid ini akan dapat anda perolehi jika kita ringan lidah bersembang dengan penduduk setempat yang menjadikan masjid ini sebagai tempat rehat.


Tak sesat dan rugi jika bertanya dan bermesra dengan mereka malah anda akan dapat mengetahui kisah yang juga ... apakah kisahnya itu? cubalahh...

Catatan Perjalanan: Jalan-jalan di Melaka..Masjid Kampung Kling

Kira-kira sebulan yang lalu, saya menonton Kembara Iman Muda yang mengunjungi antara Masjid tertua di negeri Melaka iaitu Masjid Kampung Kling dan juga Masjid Kampung Hulu yang terletak berhampiran dengan laluan popular iaitu Jonker Walk.

 
Sebenarnya saya tidak pernah mengunjungi kedua-dua masjid ini walaupun boleh dikatan akan berada di Melaka setiap kali cuti sekolah. Namun mungkin kerana tarikan dari paparan kembara Iman Muda di Astro Oasis menarik minat saya untuk menjengah di laluan yang sibuk ini semasa cuti sekolah baru-baru ini.

Dan saya memilih untuk meminjam motorsikal milik bapa mertua untuk memudahkan kembara saya pula. Bermula dengan Jonker Walk yang penuh dengan pelancong asing dan tempatan saya melencongkan perjalanan saya ke Jalan Tukang Besi di mana terletaknya Masjid Kampung Kling. Ternyata ini adalah pilihan yang tepat kerana sukarnya mendapat tempat meletak kereta di kawasan ini.


Lokasinya agak unit kerana terletak amat dekat dengan Kuil Sri Poyatha Moorthi bagi penganut Hindu dan Tokong Chen Hoon Teng. Malah terdapat kisah sewaktu senja akan kedengaran azan dan  loceng serta ratib keagamaan dari ketiga-tiga lokasi ini.


Masjid Kampung Kling ini dikatakan dibangunkan oleh pedagang India Muslim dengan binaan kayu pada tahun 1748 sebelum ditukar kepada binaan simen dan batu pada tahun 1972.


Senibinanya masih lagi mendapat sentuhan tempatan dan ciri-cirinya hampir sama dengan kebanyakan masjid yang terdapat di Melaka. Senibina dalamnya hampir sama dengan Masjid Kampung Hulu dengan dewan sembahnyang disokong oleh 4 tiang utama yang padu. Namun bagi masjid ini, kedudukan tiang dalamannya disamakan dengan senibina gerbang  dari Portugis dan menggunakan besi padu sepenuhnya.


Mimbarnya dibina dengan senibina tempatan dan pengaruh jawa dengan warna keemasan yang masih kelihatan amat baik dan dijaga rapi. Manakala bahagian luarnya pula kelihatan kolah air untuk mengambil air sembahnyang yang begitu damai terasa.

Dikelilingi dengan tembok simen sebagai pagar dan terdapat pintu gerbang seakan-akan senibina China dan India. Lapisan marmar dan jubin dibahagian luar dikatakan dari Negara China serta senibina Menaranya kelihatan seperti pagoda.



Ketika saya berada di sini, kelihatan pegawai Masjid sedang mempersiapkan masjid ini untuk sembahnyang Jumaat yang mejadi giliran bagi masjid ini pada minggu tersebut. Kerana lokasi yang berdekatan dengan Masjid Kampung Hulu, maka digilirkan sembahyang jumaat diantara keduanya.


Lebih menariknya keesokan hari bila saya membeli Utusan Malaysia saya dapati menceritkan kisah kedua-dua masjid ini hampir 2 muka surat penuh. 


Ikuti pula kunjungan saya ke Masjid Kampung Hulu yang terletak berdekatan...

Tips Melawat Cameron Highlands: KHM Strawberry Farm

Dalam berkongsi tip ke Cameron Highlands, jika anda perasan saya mencatatkan beberapa post mengenai Kampung Taman Sedia baik mengenai homestay, chalet,  kebun strawberry ataupun sejarahnya.

Dalam menulis catatan kisahnya saya sebenarnya amat menyokong dan mengikuti rapat mengenai perkembangan ekonomi di kawasan kampung ini yang merupakan pekampungan melayu utama di sini biarpun hanya seorang dua pemilik dan penghuninya yang saya kenal sehingga kini.

Namun dalam seronok menulis catatan mengenainya saya tersedar rupanya terlepas pandang untuk menulis catatan mengenai KHM Strawbery Farm yang sebenarnya merupakan destinasi pertama saya mengenali buah strawberry dan juga produknya.

Jika diimbas 6 tahun yang lalu, di sinilah saya singgah dan menikmati strawberry baik tanamannya, sistem fertigasinya, produk hiliran dan sebagainya. 

Mungkin boleh saya katakan berdasarkan pengamatan saya, KHM ataupun Khairani Haji Mohamad merupakan antara pelopor tanaman strawberry bagi kalangan bumiputera di Kampung Taman Sedia.

Kebun strawberry beliau dipahamkan merata letaknya dikampung ini. Malah pusat pelancongan 'Agro'nya cukup mendapat sambutan hangat untuk disingahi sambil melihat tanaman strawberry dan membeli produk yang dihasilkan sendiri.

Tidak cukup dengan itu saya masih ingat bagaimana rakan-rakan saya dari bawah cukup mengemari aiskrim strawberry dan kalaulah tidak salah saya pada 6 tahun yang lalu harganya hanya sekitar RM 1.00 secawan dan kini sekitar RM 2.00 secawan beserta sirap top-up.

Kebun strawberry ini diberikan jolokan KEBUN CONTOH oleh Jabatan Pertanian dan mendapat pengiktirafan SLAM dan sering mendapat kunjungan ramai pelawat.

Perkembangan contoh sebegini akhirnya mendapat ikutan penduduk kampung yang lain yang kini juga mula mengiatkan aktiviti ekonomi mereka melalui konsep Taman Agro.

Apa yang anda boleh perolehi di sini? Pertama tentunya tanaman strawberrynya yang dibangunkan dengan teknologi fertigasi sepenuhnya.

Keduanya sambil melihat strawberry, anda boleh menikmati menu berasaskan tanaman ini seperti jus strawberry, aiskrim strawberry dan menikmati set scone dengan harga RM 14 bagi dua orang yang boleh saya katakan amat berbaloi.

Untuk dibawa pulang pastinya produk hiliran seperti kordial strawberry, buah strawberry segar yang baru dituai, strawbery kering, sirap 'topping' strawberry, jam strawberry serta acar strawberry yang sedap dimakan dengan nasi.

Juga tidak ketinggalan koleksi gambar bersama dengan tanaman strawberry untuk menjadi kenang-kenangan. Juga sebagai bonus anda boleh melihat sendiri pohon anggur yang sudah berusia lebih sedekad dengan buahnya. 

Monday, June 18, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Kembara Santai ..Denai no 9...

Jika dalam "Kembara Santai" yang pertama mengenai Denai no 6 (disini), untuk yang kedua ini pulak adalah Denai no 9 ataupun tepatnya denai ke Robinson Fall. Catatan mengenai air terjun ini telah saya muatnaik di laman ini dengan mengklik DISINI.

Sebenarnya tiada dalam perancangan kami untuk ke sini tetapi memandangkan kembara santai denai no 6 disingkatkan maka kami memutuskan untuk ke sini. Lagipun jarak dari Kem Perkhemahan Sungai Pauh ke sini hanyalah kurang dari 7 minit berkereta.

Menjengah ke sini kami berselisih dengan beberapa kumpulan pelancong samada tempatan dan luar negara antaranya Singapore, Eropah dan Arab. Saya tidak pasti di mana maklumat yang mereka perolehi untuk datang ke sini. Saya berharap mereka tidak akan mengatakan "Indah Khabar dari Rupa" bila melihat air terjun yang dikatakan amat popular ini.

Pada hemat saya, jika saban hari saya melihat puluhan pelancong khasnya dari luar berjalan kaki dari Bandar Tanah Rata ke sini sejauh lebih 2 km untuk ke air terjun ini malah saya memerhatikan tidak kira waktu atau cuaca baik pagi, tengahari atau lewat petang malah panas ataupun berhujan, tetap mereka ingin ke sini.

Saya pernah dimaklumkan bahawa air terjun ini adalah destinasi yang amat dicadangkan oleh buku "BackPacker Guide' yang menjadi rujukan seluruh dunia tanpa perlu promosi berlebihan secara tempatan. Malah saya memerhatikan ramai pelancong Arab secara berkeluarga berjalan kaki ke air terjun ini dengan memakai jubah dan purdah!!! 

Maka tidak hairanlah setiap kali mereka sampai ke sini, mereka sebolehnya akan mengunjungi air terjun ini biarpun dalam hujan, lewat petang dan tidak tahu selepas mereka menuruni trek ini, mereka perlu mendakinya semula atau akan terpaksa melalui jalan utama dari Habu ke Tanah Rata sejuah 11 km mendaki.

Bayangkan, jika dikawasan tempatan tiada langsung gambar ataupun promosi ke sini melainkan hanyalah di pamplet oleh hotel-hotel atau laman web malah papan tanda arah ke sini pun dipasang oleh Mardi (berwarna hijau) sekitar 3 bulan yang lalu. Kalau tidak ramai pelancong akan berjalan terus ke Kawasan Hospital sebelum berpatah semula.

Sesuatu perlu dilakukan.... oleh itu jika anda pernah ke sini, saya memohon jasa baik anda untuk menghantar satu helai surat cadangan ke pihak berkuasa untuk menaiktaraf kemudahan di Air Terjun Robinson ini.

Berbalik kepada kisah Kembara Santai ke 2 kami ini, keterujaan jelas terbayang kepada ahli xpdc muda kami. Mereka sebolehnya berjalan dengan pantas sementelahan lagi bunyi deburan dan hempasan air melalui batu-batu dan jeram kedengaran dari jauh. 

Cuma agak membimbangkan kami adalah permukaan trek simen yang berwarna hijau dan merah agak berpasir dan mudah untuk tergelincir. Juga amat merbahaya jika dilepaskan tangan mereka kerana tebing trek bersimen ini tidak langsung berpagar dan cerun curam jelas kelihatan.

Terdapat beberapa bahagian trek laluan bersimen ini agak uzur dan senget ke bahagian cerun dan agak sukar untuk berhenti jika anda menuruni bukit dengan laju. 

Terbaiknya jangan datang ke sini jika membawa anak kecil seperti kami ataupun anda sedang mengandung ataupun berusia emas tanpa sebarang bantuan dewasa ataupun selayaknya. 

Jika membawa anak kecil pastikan berpimpin tangan sentiasa khasnya dikawasan yang amat berisiko. Ahli xpdc muda kami amat teruja dan ingin sentiasa ke hadapan baik semasa pergi ataupun mendaki pulang. Yang letihnya adalah kami yang sentiasa mengejar tangan dan menjerit bahaya. Ketika memanjat stamina kami sememanya hampir kalah pula dengan kelajuan mereka.

Jika membawa ibu mengandung, saya tidak sangat mencadangkan ke sini kerana anda perlu menuruni tangga-tangga dan trek simen yang telah rosak. Lebih memeritkan anda perlu mendakinya semula untuk kembali ke kereta anda. 

Bagi warga emas, mungkin tidak terlalu memeritkan tetapi jika diawasi dengan orang muda adalah lebih baik untuk hal-hal kecemasan. Talian telepon masih jelas dan inimungkin sebagai kelebihan untuk mendapatkan bantuan.  

Dari jambatan masuk utama, anda perlu melalui laluan yang agak landai dan mula menuruni dengan tangga batu selepas "Robinson Fall Intake" yang dimiliki oleh TNB. Di sini ramai yang menyangka bahawa mereka telah tiba di Air Terjun Robinson dan berpatah pulang. 

Sebenarnya anda perlu menuruni lagi trek ini sejauh sekitar 300 meter sebelum sampai ke Air Terjun Utama yang tidak boleh anda dekati tetapi sekadar melihatnya dari tebing sungai sahaja. Selebihnya trek ini membawakan anda ke perkampungan Orang Asli atau Stesen Janakuasa Kecil TNB di Jalan Habu.

Airnya tidak sesuai untuk mandi kerana kualiti boleh dipertikaikan dan sampah sarap yang dibawa dari huluan ke sini.


Juga amat merbahaya jika di waktu hujan kerana "kepala air" mungkin tiba dengan begitu deras dan keruh sekali dalam sekelip mata.


Namun tiada tanda amaran keselamatan seperti larangan mandi, 'kepala air' ataupun mengenai pemberitahuan anda telah tiba Air Terjun Robinson dipasang di sini. Jadi jika tiada kajian awal, anda tidak akan tahu dimanakan air terjun ini sebenarnya samada di bahagian intake ataupun di bawah apatah lagi mengenai sejarah dan info mengenainya. Hanya perngistiharan oleh Jabatan Hutan mengenai Risiko Keselamatan yang perlu ditanggung oleh pengunjung di sini selepas intake TNB tadi.

Pendek kata, kunjungan ke Robinson Fall hanyalah sekadar aktiviti berjalan di denainya sahaja tanpa membolehkan mandi manda. Jika anda membaca catatan yang pertama mengenai Air Terjun Robinson, saya ada mencadangkan beberapa perkara untuk menaiktarfkan air terjun ini dan melalui catatan ini saya ingin menambah cadangan seperti :

Pagar Keselamatan / Tebing di pasang di kawasan yang merbahaya jika tidak mahu dipasang secara keseluruhan. Bahaya adalah untuk perlindungan pengunjung kecil supaya tidak tergelincir ke gaung / tebing sungai.

Peta Laluan Mengenai Air Terjun Robinson ini di pasang seawal jalan masuk bagi memastikan pengunjung tahu akan laluan yang perlu ditempuhi seperti jarak dan jenis kesukaran.

Perangkap Sampah di pasang di bahagian atas sungai ini (sekitar tempat mengorek pasir) bagi memastikan tiada sampah berenangan di laluan air dan jeramnya.

Papan Arah air terjuan seperti jarak yang masih perlu dilalui secara berkala di pasang. Ramai yang menyangka mereka telah melihat air terjun ini sebaik sahaja selepas intake malah saya pertama kalinya turut sama menyangka demikian. Mujurlah seoranga kakitangan TNB berbangsa India memaklumkan bahawa air terjunya dibawah sana.

Amaran Keselamatan berkala di pasang seperti laluan licin, tebing tinggi.

Pondok rehat dibina dikawasan yang munasabah. Bukan berehat mendaki dan menuruni laluan ini tetapi juga berlindung dari hujan. Mujur kami sampai awal ke kereta sebelum hujan.
  

Terpulang kepada anda kerana bukanlah saya untuk tidak mempromosikan lokasi ini tetapi bilamana memikirkan keselamatan dan kepuasan saya merasakan tidak lah menjadi lokasi wajib bagi mereka yang mengunjungi Cameron Highlands jika niatnya adalah bersantai semata..

Kami menghabiskan masa sekitar 1 jam untuk pergi melihat air terjun ini dan pulang semula ke kereta. Melihat keriangan anak-anak berjalan cukup menghiburkan kami tetapi untuk pergi semula selepas ini mungkin sesuatu yang perlu difikirkan semula.

Tips Melawat Cameron Highlands: Kembara Santai.. Denai 6

Jika catatan terdahulu mengenai denai hutan dan cabaran kembara di Cameron Highlands saya sekadar berkongsikan mengenai laluan denai tersebut di catatan ini(klik), kali ini sedikit berbeza di mana catatan berdasarkan pengalaman saya dan keluarga saya yang masih kecil ini mencuba sebahagian laluan denai ini.


Saya suka untuk mengambarkan kembara denai ini dengan istilah 'Kembara Santai' dan pilihan pertama adalah denai no 6 yang jika mahu dihabiskan sejauh 1.99 km untuk persingahan di PLB. (Saya tak pasti apa itu PLB).

Namun dah namanya santai dan anggota xpdc kami pun sekadar 4 orang dan semuda 2 tahun 5 bulan, peserta kedua pula 3 tahun 9 bulan dan dua peserta dewasa sekitar awal 30 an.


Denai no 6 ini bermula di Kem Perkhemahan Sungai Pauh yang pernah saya kongsikan catatan mengenai di sini (Klik). Pemulaannya adalah santai dengan menyusur laluan di kem perkhemahan ini sebelum melintasi jambatan untuk memulakan trek kembara. 

Kami sebenarnya sekadar bercadang untuk berkembara santai sejauh 30 minit sebelum berpatah balik tetapi bila melintasi jambatan kayu yang kedua, terdapat becak dan lumpur yang perlu diharungi.

Memandangkan yang tidak sanggup adalah anggota xpdc yang dewasa, maka dua ahli XPDC muda terpaksa beralah untuk pulang semula ke tapak kem perkhemahan dan sebagai habuannya diberi peluang bermain air seawal 9.30 pagi yang ternyata sejuk hingga terasa ke tulang.

 
Namun sebelum itu seronok jugak kerana keletah dua anggota xpdc muda ini melihat dan cuba mempelajari mengenai alam seperti jenis bunga, ulat, paku pakis dan akar-akar yang berselirat di denai yang dilalui.

Malah peluang sebegini perlu diberi selalu supaya mereka cepat belajar dengan melihat dan bertanya.

Tetapi ingat untuk sentiasa mengamalkan .. Utamakan Keselamatan Sepanjang Masa...

Thursday, June 14, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Jalan Tapah .. kembara Asli

Kisah mengenai Jalan Pahang ataupun dikenali juga dengan Jalan Tapah -Ringlet pastinya tidak akan lengkap tanpa mengaitkannya dengan kisah masyarakat Orang Asli yang sememangnya telah lama berada dan bertapak di jajaran jalan ini.


Malah agak unik kerana rata-rata kehidupan mereka masih berindentitikan kebudayaan asal mereka seperti kegiatan harian memburu, menuai hasil hutan dan sebagainya.

Manakala kehidupan harian juga berlatarkan perkampungan orang asli yang masih berumahkan buluh dan beratap rumbia. Bekalan air masih menggunakan air sungai hutan semulajadi.

Lokasinya masih sekitar hutan belantara samada di atas bukit, pinggir bukit ataupun tebing sungai malah menghampiri kepada empangan janakuasa elektrik milik TNB.

Mereka masih tebal dengan identiti kaum mereka melainkan pakaian yang moden, bermotorsikal dan bersekolah bagi kanak-kanak.

Sepanjang 64 km jalan ini, dengan mudahnya kita akan menemui pelbagai gerai jualan samada menawarkan hasil hutan ataupun kraftangan. Cuma yang sukar ditemui adalah buruan haiwan yang mungkin tidak akan anda temui.

Seawal pagi berdasarkan pengalaman saya jika anda melalui jalan-jalan ini sekitar 6 pagi, anda akan melihat kumpulan kanak-kanak berseragam sekolah menunggu di bawah lampu jalan ataupun dalam gelap bas sekolah untuk mereka ke sekolah terdekat. Jika anda bernasib baik, anda akan melihat bagaimana mereka bersesakan di dalam bas sekolah untuk mencari ilmu. 

Ketika seawal 7 pagi pula jika kena pada musimnya anda akan melihat bagaimana longgokan durian di sepanjang jalan menan mereka.

Ada yang mengendong bakul di kepala dengan durian yang sarat termuat durian belakang mereka. Bagi yang bermotorsikal, bahagian raga tambahan di belakang penuh dengan kutipan durian yang gugur semalaman menuju ke tempat dimana peraih durian menunggu setiap pagi di musim durian. 

Menginjak pula pukul 9 pagi sebilangan dari mereka mula membuka gerai jualan masing-masing seperti petai, rebung, hasil hutan seperti halia batu, daun-daun, akar-akar kayu. Semenjak dua menjak ini pula kelihatan mereka mula menjual hasil kraftangan yang diperbuat dari rotan tetapi sukar untuk saya jangkakan sumber sebenar barangan ini.

Ketika waktu petang, kebiasaanya kanak-kanak mula berkumpul dan bermain-main di pinggir jalan tidak kira lelaki ataupun perempuan.


Kadang-kala suasana lebih meriah tatkala penjual barangan basah dengan van atau lori tiba.  Menjengah senja anda akan dapat melihat kanak-kanak dan gadis belia serta orang tua berjalan menuju alur sungai untuk mandi.

Bila malam melabuh, kelihatan samar-samar lampu pelita dihidupkan di setiap rumah. Tetapi sebilangan perkampungan Orang Asli dilengkapi dengan sumber bekalan ini.

Bagi anak-anak muda mereka ini mudah ditemui melepak di tepi jalan dengan motorsikal masing-masing. Nasihat kepada pemandu, memang selesa untuk memandu laju di setiap selekoh di waktu malam kerana selalunya kita menjadikan pancaran lampu dari hadapan sebagai tanda ada kenderaan mendatang atau tidak tetapi awas kerana kadang kala motorsikal remaja ini tiada berlampu. Sedang asyik melayan selekoh datang pula tetamu tidak diundang. 


Tidak juga terlepas pandang saya juga akan kelihatan beberapa remaja dan dewasa akan berjalan menuju hutan dengan sumpit di tangan dan saya percaya mereka pergi memburu di waktu malam.

Kesukaran pastinya terbayang kepada kita tetapi saya percaya tidak bagi mereka yang menjadi rutin seharian.

Apapun mungkin semua ini akan lebih jelas jika anda merasainya sendiri. Sekiranya tidak perlu bergegas pulang, mungkin singgah sekitar beberapa gerai atau kampung boleh memberikan anda pengalaman yang berbeza untuk anda.

Terdapat lebih dari sepuluh kampung di sepanjang jajaran jalan ini seperti Kampung Orang Asli Batu 6 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak, Sungai Chedok Batu 7 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak, Kampung Kuala Telum Batu 7 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak, Kampung Batu 19 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak, Kampung Batu 5 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak dan Kampung Batu 6 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak.

Begitu juga dengan Kampung Batu 17 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak yang cukup terkenal dan boleh dikatankan agak ramai penduduknya dan terdapat kemudahan klinik desa di sini. Selebihnya juga seperti Kampung Batu 3 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak, Kampung Batu 8 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak,Kampung Batu 14 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak dan pastinya Kampung Orang Asli Pos Woh , Kuala Woh , Tapah 35000 Perak lebih dikenali dengan hutan lipurnya.

Tips Melawat Cameron Highlands: Air Terjun Robinson

Sudah hampir 3 minggu saya tidak menaip mengenai tips melawat Cameron Highlands kerana sedikit kekurangan bahan ekoran sibuk dengan kerja dan peluang berjalan yang terhad, rasanya kali ini saya ingin kongsikan mengenai catatan yang lama sangat saya ingin catatkan iaitu Robinson Fall tetapi tertangguh begitu lama.

Setiap hari saya akan melalui jalan yang sama ke air terjun ini cuma simpangnya memerlukan laluan berjalan kaki di denai no 9 sejauh 150 meter. Sedikit maklumat mengenai sejarah Robinson Fall ini boleh anda perolehi di laman web REACH dengan catatan lengkapnya amat menarik di baca saya memetik perenggan dibawah bagi menerangkan bagaimana air terjun ini mendapat namanya...
Around the middle of the 19th century, a boy was born in England whom his parents named William Cameron. He studied land survey and in 1885 he carried out extensive survey of Perak, at a time when the idea of establishing a hill station for the white men and women working in Malaya was mooted.
It has never been established whether he came upon Cameron Highlands during the course of his work. What is certain is that the hill station, when it was finally established after 1926 (the year when the road to Cameron Highlands was started in earnest), inherited his name. In the early 1920’s, before the project was launched, two expeditions were organized to assess its viability.
The first was led by H.C. Robinson, director of museums for the colonial government and the second by Sir George Maxwell. The Falls after which my trail is named inherited the name of the director of museums.
                                               Sepenuhnya di SINI
.Air terjun ini tidaklah begitu cantik malah saya melihat perlu pembaharuan dilakukan oleh pihak yang berkuasa. Mungkin sesuatu dapat difikirkan mengenai tambahan kemudahan lanskap seperti laluan pejalan kaki ke bahagian bawah air terjun ataupun menara tinjau yang boleh mendekatkan pengunjung ke kaki air dan melihat pemandangan yang terus ke air terjun ini.


Buat masa sekarang selepas anda penat berjalan sejauh 15 meter, anda sekadar akan dapat melihat air terjun dari tebing denai tanpa ada peluang bermain di gigi airnya malah kelihatan sampah seperti pokok dan tunggul kayu mati berada di laluan air. Begitu juga dengan risiko untuk turun ke bawah melalui cerun dan tebing sungai yang tinggi.

Kemudahan asas yang lain seperti tandas sememangnya tiada dan perlu diingatkan penggunaan tandas awam semulajadi perlu mengambil kira penggunjung yang lain pula.


Bagi pihak Tenaga Nasional Berhad saya kira perlu mengambil peluang yang ada ini untuk mewujudkan galeri mereka mengenai sejarah pembukaan dan operasi mereka di Cameron Highlands yang bermula seawal 1960 an dengan begitu unik kerana antara stesen mini hidro yang terawal di bina dan berada di puncak kunjungan pelancong.

Saya melihat peninggalan kuarter lama di awal laluan ini boleh diubahsuai untuk mewujudkan galeri sejarah mereka supaya ada tambah nilai jika kita berkunjung di sini. Mungkin saya akan panjangkan cadangan ini kepada pihak TNB kelak.


Saya difahamkan bagi kerja-kerja penjagaan laluan sungai adalah tanggungjawab Jabatan Perparitan dan Saliran manakala penjagaan berkaitan hutan seperti denai dan laluannya adalah dibawah tanggungjawab Jabatan Perhutanan dan alangkan baiknya jika kedua-duanya dapat bergabung bersama dengan Kementerian Perlancongan untuk menaiktaraf kawasan air terjun ini.

Laluan denai no 9 ini akan membawa anda ke Jalan Habu yakni terdapat dua persimpangan dimana anda boleh turun ke stesen janakuasa Robinson di kakinya atau terus ke penempatan orang asli. Terdapat satu persimpangan lagi trek pendakian ke Gunung Berembun melalui Denai No 9A.

Tips saya untuk anda yang ingin ke sini:
Tidak sesuai untuk kanak-kanak dan golongan usia emas.
Tidak sesuai untuk ibu mengandung
Tiada kemudahan asas.
Jika ingin melihat air terjunnya sahaja, selepas sampai ke situ naik semula di laluan yang sama. Jika anda teruskan berjalan, anda akan sampai ke laluan Jalan Habu Boh dan untuk naik ke Tanah Rata adalah melalui Jalan Utama Ringlet - Tanah Rata.





KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock