Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Jom jadi rakan mrkumai di sini:

mrkumai's photo @ FB

KOLEKSI GAMBAR @ CAMERON HIGHLANDS DARI LENSA AMATUR SAYA;

Ahad, 3 Jun 2012

Catatan Perjalanan: Bot Nelayan di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu sememangnya sebuah bandaraya merangkap Ibu negeri yang berada di persisir pantai sepenuhnya. Malah Negeri Terengganu juga merupakan antara negri yang mempunyai persisir pantai yang terpanjang di Malaysia.

 Jika anda mengkaji sejarah awal Terengganu dan memetik wikipedia tersirat begitu banyak catatan sejarah yang mengaitkan bandaraya ini sebagai pusat perdagangan yang sudah bermula seawal 1178 dan sebagainya. Anda boleh membuat carian sejarah ini di wikipedia dengan mudah.

Jolokan Negeri Persisir Pantai ini memang tepat dan jika melihat kepada antara aktivitri ekonominya pasti tidak akan dapat lari dari kegiatan yang melibatkan perikanan yakni nelayan.

Berkata mengenai nelayan pula, kita tidak dapat lari dari mengatakan Terengganu kaya dengan koleksi bot-bot nelayan tradisional dan Pulau Duyong cukup terkenal dengan aktiviti pertukangan bot secara tradisional ini.

Namun ketika kunjungan saya ke Kuala Terengganu baru-baru tidaklah begitu lama dan saya tidak juga berpeluang untuk singgah ke kawasan penempatan nelayan. Namun dari jendela hotel saya inap iaitu Felda Residence sememangnya jelas mengadap Sungai Kuala Terengganu yang menjadi laluan masuk bot-bot nelayan dan sebagainya. 

Koleksi gambar di bawah adalah dari jendela tingkap hotel Felda Resdince dan juga Kuala Terengganu Waterfront... sekadar berkongsi...













Tiada ulasan:

GAMBAR BANJIR DAN TANAH RUNTUH 6 NOVEMBER 2014 DI CAMERON HIGHLANDS