TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, April 17, 2012

Info Tani: Iceberg Letuce

Iceberg lettuce mungkin agak janggal bagi anda untuk mengingati yang mana satu sayur salad ini tetapi jika saya menukarkan kepada salad nasi ayam mungkin akan ramai mengakui mengetahuinya malah selalu memakannya. 

Iceberg dinamakan sebegitu kerana gumpalan daun yang menyamai ketulan iceberg dan sememangnya sifatnya sebegitu diperlukan sebelum boleh dituai dan dijual kerana kita hanya memakan bahagian daun dalamannya sahaja yangranggup dan manis. 

Ditanam di kawasan yang sejuk seperti di Cameron Highlands kerana keperluan tanaman berdaun ini iaitu kawsan sejuk dan kurang panas sepanjang hari. 

Boleh ditanam di atas tanah ataupun menggunakan teknik hidroponik seperti Nutrient Film Technique ataupun singkatannya NFT. Catatan  mengenai NFT ada di SINI.

Berbeza mengikut variati masing-masing, tanaman  iceberg memerlukan sekitar 25-35 hari dari mula dipindahkan ke tapak tanaman dan sebelum itu memerlukan sekitar 18-22 hari di tapak semaian.  Di Malaysia kita memilih variati musim panas bagi pengeluar utama dari Holland dan Sepanyol. 

Berat bagi sebiji iceberg matang untuk boleh  dituai adalah sekitar 400-600 gram dan jika terlalu awal biasanya daun dalamannya tidak cukup membungkus dan jika terlalu lewat akan terlalu padat di dalamnya. 


Harga di pasaran mencecah sekitar RM 3-5 bagi setiap kilogram yang telah diproses atau dibungkus. 

Cabaran serangan penyakit biasanya adalah kulapuk downey dan juga penyakit bawaan air seperti rhizotania, phytium dan juga xanthomonas. 


Apapun ianya lebih mudah dijaga jika semua parameter seperti rawatan air dan kebersihan di plot tanaman dijaga sepenuhnya. 

Bagi anda jika ingin membeli ketika berada di sini ,  tipsnya mudah, pilih terus iceberg yang berwarna hijau muda kerana ianya adalah bahagian dalam yang ranggup dan sedap dimakan manakala daun luarannya agak kasar dan pahit. 

Manakala menu utama adalah seperti salad yang dimakan mentah ataupun dibuat hiasan kepada nasi ayam dan masakan ala barat. Ia juga boleh digoreng seperti sayur biasa tetapi jangan terlalu lama di dalam kuali anda. 

Jika anda ke Cameron Highlands, anda mudah mendapatinya dijual di mana-mana pusat jualan tetapi untuk anda melihat sendiri di kebun agak sukar kerana saya tidak pasti di kebun agro tourism mana yang menawarkannya. 


Apapun sistem yang sama digunakan di Red Strawberry Farm di Brinchang yang juga dibuka kepada pelawat dan terdapat jualan terus dari ladang. 



Selain dari Malaysia, China dan Vietnam merupakan pengeluar utama iceberg dn mereka mendapat permintaan yang amat baik dari syarikat makanan segera. 


Manakala di Malaysia , Cameron Highlands adalah pengeluar terbesar dan utama kepada pengguna tempatan. 


Semoga maklumat ringkas ini membantu sedikit pengenalan kepada sayuran Iceberg Lettuce ini. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock