Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Jom jadi rakan mrkumai di sini:

Rabu, 30 November 2011

Tips Melawat Cameron Highlands : Makanan Halal...

Artikel ini dikemaskini pada ; 3 April 2014


Ini adalah soalan yang popular jugak di kalangan kawan-kawan yang datang ke sini dan pastinya mereka amat mementingkan kedai makan yang halal untuk dikunjungi maklumlah kalau anda berada di Brinchang, amat terhad kedai makan melayu ataupun halal berbanding di Tanah Rata. 

Insyallah saya akan cuba berkongsikan kedai makanan yang halal dan mengikut pekan rasanya lebih elok supaya senang anda merancang perjalanan anda.
Senarai ini adalah cadangan semata-mata tanpa ada rasa 'personel interest' untuk mempromosikan kedai makan tertentu.. yang penting HALAL ...

RINGLET 
Food Court Ringlet ada 4 kedai makan melayu dan yang paling popular adalah di bahagian hujung iaitu Kedai Kari Kepala Ikan Sahak. Serta gerai makan di sebelahnya.

Waktu beroperasi ada yang buka untuk sarapan dan ada yang bukan hanya untuk makan tengahari dan juga malam.

HABU
Untuk makan Sarapan dan tengahari anda boleh ke kedai makan Kak Yan ( Kalau tak silap aku) iaitu bersebelahan dengan jalan masuk ke Boh Tea Centre Habu.

Jika waktu Malam kalau anda melalui Habu dan bertemu dengan Padang permainan kanak-kanak, terdpat satu kedai makan Tomyan yang dibuka sehingga awal pagi.
 
Menghala ke Tanah Rata atau Batu 33, untuk bersarapan terdapat sebuah kedai makan Sinar Pagi dan juga kedai makan Haji ditepi jalan. Kedai makan Pak Su Omar a juga dibuka pada waktu petang.

TANAH RATA:
Diringkaskan sebab banyak juga pilihan :

Sarapan , Makan Tengahari , Petang dan Malam:
Food Court Baru Tanah Rata (4 buah kedai)
Food Court Lama Tanah Rata (6 Buah kedai)
Gerai MDCH dihadapan AMBANK
Gerai MDCH di hadapan Maybank 
Kedai Makan Orkid ( Kami kenali sebagai kedai makan DO) di sebelah tapak pasar malam Tanah Rata 
Kafeteria Hospital Sultanah Hajah Kalsom.
Rasa Sayang Restoran di Marigold Square
Restoran Erra
Restoran Al Raudah - makanan Arab

Petang dan Malam:
Kedai Makan Selera Kelate di Royal Lily Apartement

Sarapan dan Tengahari:
Kedai Makan Nasi Bungkus di Royal Lily Apartement
Gerai makan Pasar Tanah Rata
 
Tengahari dan Petang:
Food Court Jalan ke Hospital 

Terbaru, Terminal Fressia atau terminal bas juga mempunyai gerai makan iaitu makanan sarapan dan petang dan antara yang popular adalah Laksa Kak Mah. Hanya pada hari bekerja sahaja.


BRINCHANG:
Sarapan , Makan Tengahari , Petang dan Malam:
Food Court Brinchang
Restoran Naimah , Pekan Brinchang Baru
Restoren Ghazali , Pekan Brinchang Baru
Restoren Fauzi Tomyam di Pekan Brinchang Baru
Restoran Raihan di Hotel Titiwangsa,
Restoran Naimah,
 
Petang dan Malam:
Koptiam Alif ,
Pok Nik Ikan Bakar
Kedai Makan sebelah Masjid Brinchang
Restoran Nasya di jalan lama Pekan Brinchang
Arked Orkid di sebelah food court
Anje Corner di hadapan De La Rosa Hotel
Kedai Makan Tomyan di hadapan Rumah Rehat Sri Pahang

KAMPUNG RAJA:
Arked Makanan GPW Kg Raja


MENGIKUT MENU
SATE;
Food Court Baru Tanah Rata 1 kedai
Food Court Lama Tanah Rata 1 kedai
Food Court Brinchang 1 atau 2 kedai (Kalau cuti baru buka yang satu lagi)

STEAMBOAT:
Elmelda di atas Food Court Baru Tanah Rata
Kedai Makan Orkid  di sebelah tapak pasar malam Tanah Rata 
Kedai Makan Tomyan Fauzi
Snack and Steamboat Corner, sebelah De La Fern Hotel 
Restoren 1 Malaysia , Pekan Brinchang Baru


NASI KANDAR
Terdapat beberapa kedai makan yang mengklasifikasikan mereka sebagai NASI KANDAR tetapi terpulang kepada anda untuk mencubanya.

Saya kurang sedikit untuk berkongsi kerana ada keraguan.

MAKANAN SEGERA:
Marrybrown di Tanah Rata- berhadapan Stesen Bas 
KFC di Brinchang bersebelahan Shell



GERAI BURGER:

Tanah Rata : 
Kedai Makan di Orkid Corner ataupun Kedai DO bersebelahan kedai cenderahati.
Di hadapan Maybank 
Gerai MDCH di Persiaran Dayang Endah menuju ke Hospital

Brinchang:
Anje Corner
Aye Burger di hadapan Pasaraya Jimat
Gerai Burger di hadapan Balai Bomba.

Khidmat Katering:
Kebanyakkan kedai sanggup mengambil katering makanan berkumpulan.

Kalau ada yang inginkan bantuan, sila tinggalkan pesanan, mungkin saya updatekan senarainya nanti.

Khidmat Penghantaran:
Anje Corner di Tanah Rata


PASAR MALAM:
Pasar Malam tentunya menjadi pilihan keranan terdapat pelbagai pilihan makanan dan mudah dikunjungi dan hanya untuk dibungkus bawa pulang ke hotel.
Paling popular pastinya di Pasar Malam Brinchang yang diadakan setiap hari cuti ataupun sepanjang cuti sekolah. Minggu biasa malam Sabtu dan Ahad.
Pasar Malam Tanah Rata setiap Ahad malam Isnin
Pasar Malam di Ringlet Setiap Hari Selasa malam Rabu
Pasar Malam di Kg Raja setiap Hari Isnin malam Selasa
Pasar Malam di Kuala Terla setiap Rabu Malam Khamis
Pasar Malam di Bertam Valley setiap hari Ahad malam Isnin.

Update 20 July 2012: Tip 2 dalam 1...
Jika anda ingin menjimatkan masa untuk melawat dan makan di tempat lawatan anda saya ada beberapa cadangan lokasi.


Maklumlah, bangun pagi dari holiday apartment nak pergi sarapan dulu di kedai baru boleh berjalan memerlukan banyak masa yang terluang.

Jika anda melawat stesen Mardi , anda boleh terus ke sana dan ke Rose Garden Cafenya yang menawarkan makan sarapan dan tengahari. Jimat masa anda, keluar dari apartment terus ke sini dan makan sekali. Catatanya di
SINI

Kedua kalau hendak ke kebun strawberry, YZ Agrofarm ada menawarkan manakan pagi. Sambil makan terus tengok strawberry. Catatanya di
SINI

Atau ke Tea Centre samada Bharat atau Boh, masing-masing ada menawarkan cafe tetapi harganya agak mahal sedikit dan terhad menunya.

Jimat masa kan ...


SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA...
Tips:
  • Bertanya dahulu harga ikan bakar ataupun ikan besar sebelum menempahnya.
  • Bertanya dahulu harga makanan jika ramai.
  • Pilih kedai makan yang selesa.
  • Jika datang secara rombongan lebih elok anda menempah awal makanan kerana takut kehabisan dan terpaksa membeli dari beberapa gerai yang berbeza. Terdapat beberapa gerai yang menyediakan pakej katering dimana anda boleh terus ke kedai mereka dan disediakan menu khas yang telah di tempah.
  • Pejabat Kesihatan amat mengambil berat aduan anda memandangkan Cameron Highlands adalah pusat perlancongan. Lapor jika berlaku keracunan makanan.  

23 ulasan:

Abg Bear berkata...

Salam Kumai... apa khabar? jarang jarang aku bagi komen kat blog ni... apa pun thanks bagi tips tu, selalu jugak aku ke Cameroon Highland ni.. tapi banyak masa pegi hujung minggu kan... ko gi pasar tani jer.. kat sana ada jual makanan jugak kan??

Sham @ Kumai @ KG @ Jack berkata...

thank Abg Bear..
Saya ada updatekan. Ingatkan nak buat dalam tips yang khas bawah tajuk pasar malam..

atie berkata...

salam abg kumai..saya suka sgt tips yg abg bg kt cni..25 n 26 oct ni nk g cameron n blog ni amat membantu..tp saya nk tanya..klu nk mkn english style food mcm cake or scone, kat mna tmpat yg sedap n harga berpatutan..nk sgt mrasa..mklumlah org mlyu skali skala nk mkn omputih style..tq :)

Sham @ Kumai @ KG @ Jack berkata...

Salam Atie. Terima kasih kerana singgah di sini..
Untuk makanan ala barat terdapat beberapa pilihan.

Jika sekadar mahu makan scone + cakes, saya rasa disekitar Taman Sedia seperti KHM strawberry farm ada menyediakan scone. Anda cari catatan mengenainya disini.

Kalau mahu santai pemandangan ladang teh, ketiga-tiga hentian teh menyediakan scone dan cake. Sedikit mahal .. cuba cari catatan Sungei Palas Tea Centre, Bharat Tea Centre.

Kalau mahukan suasana english style tapi mahal la jugak, anda boleh cuba sperti Smoke House, Lake House atau Bala Chalet. Semuanya ada scone dan cake serta high tea.

Kedai-kedai biasa selalunya makanan melayu.

ooo Lupa, ada di Glory 79 Steamboat and Snake bersebelahan dengan Fern Hotel di antara Tanah Rata dan Brinchang.. ada steamboat dan makanan barat dan selesa tempatnya... catatan belum saya buat lagi...

Saya rasa itu sebahagian cadangan yang boleh atie pertimbangkan..

selamat melancong ...

Sham @ Kumai @ KG @ Jack berkata...

yang atas ni bukan snake tapi snack.. salah typing...

Tanpa Nama berkata...

Salam En Sham,
Saya dan keluarga dalam 36orang akan ke CH dan akan menetap di Brinchang & Tanah Rata pada Feb2013.Boleh tolong suggestkan caterer yang kami boleh tempah & anta terus ke penginapan kami? Dari Haniez

Sham @ Kumai @ KG @ Jack berkata...

untuk penghantaran terus ke pintu rumah anda, di sini terdapat sebuah kedai, anjer corner yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Buat Carian khidmat penghantaran di ruang search blog saya . satu catatan mengenainya saya kongsikan sebelum ini.

Untuk caterer yang siap, saya selalunya kalau urusan pejabat dan majlis kecil akan menempah di Pak Din seperti tiga hari yang lepas. Mungkin boleh telepon beliau di 019566844 ...

harap membantu..

Tanpa Nama berkata...

Salam En Sham,
Terima Kasih kerana sudi membantu.Really appreciate it very much. Dari Haniez

hafizulhakim berkata...

bagusnya blog ni. terima kasih banyak bagi info :)

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Maaf no tel Pak Din catering tu kurang 1 nombor.Saya dah cuba tak dapat.Mungkin tersalah taip. Harap sudi bagi no yang betu. Terima Kasih..Haniez

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum En Sham

Terjumpa blog ini secara tak langsung. Dah baca sepintas lalu beberapa entri. Info yg sangat berguna. Teruskan menulis, moga menjadi saham akhirat kelak. Dah lama sy berhajat nak ke CH, tambah sekarang anak2 dah besar.

En Sham boleh usahakan bilik utk disewa, jika tidak homestay. Offer jadi tourist guide pun bagus, mulakan dengan waktu hujung minggu.

Wassalam
Pn Maz

Sham @ Kumai @ KG @ Jack berkata...

cuba no ni 0195666844

Sham @ Kumai @ KG @ Jack berkata...

Pn. Maz,
Terima kasih diatas cadangan .. untuk menjadi runner tourist guide.. sebabnya tak berminat sangat ke arah tu .. yang saya minat ... berkongsi catatan sebegini .. harapan saya catatan saya mengenai Cameron Highlands dapat membantu samada sedikit ataupun banyak kepada pembaca...

Tanpa Nama berkata...

salam. sy akan buat fmily day di cameron. jika dpt list kan no.phone restaurnt yg ade trima tmpahan catering, sy amat memerlukannya.

Sham @ Kumai @ KG @ Jack berkata...

cuba hubungi Pak Din.. saya selalunya berurusan dengan beliau untuk katering dan makan-makan.. 0195666844

Tanpa Nama berkata...

saya mkn kat kedai pak nik ni smlm, ari ni habis sakit perut kena cirit birit. so, saya bagi rating haktuih je la buat kedai pak nik ni...

Tanpa Nama berkata...

Salam Sham. 1/3/14 konvoi motorsikal kami akan tiba di CH. Boleh recommend tempat makan tengahari yg best & sesuai untuk 60org di CH.

Sham @ Kumai @ KG @ Jack berkata...

untuk konvois seramai itu, saya mencadangkan anda ke Restoran Erra di Marigold Square di Tanah Rata sebelah dengan pejabat tanag CH.

sebabnya..
ruang parking luas
jenis buffet sepanjang hari ..
Pilihan lauk pauk yang banyak untuk berulang alik ambil makan
RM 10 seorang . mungkin boleh dirundingkan lagi
selesa..

jadi inilah pandangan saya..
kalau ke kedai lain, nak makan pun meja tak cukup.
kena tunggu turn
parking tak de
lauk pauk belum tentu banyak..

Zur Dean berkata...

Salam..sy dh berada di bronchang CH sudah 3 mlm.. tp xde kedai mkn yg bukak.. setiap mlm sy mkn meggi dan burger je..mmg selepas cuti sekolah panjang kedai mkn semua ttp ke?? Disebabkn sy kesorgan jd sy tidak ke tnh rata ..

Sham @ Kumai @ KG @ Jack berkata...

Zur Dean,
kesian pulak saya membaca makan meggi dan biskut aje..

tapi memang dah macam tu Cameron Highlands, lepas cuti sekolah mesti kedai tutup seminggu dua... maklumlah dah mengutip untung berganda masa cuti sekolah ..

jadi berehat dan istilah mengira untung la jawabnya..

tapi di Tanah Rata masih ada kedai makan yang dibuka... walaupun terhad...

azri berkata...

Akum...isnn dpn sy kena bw delegasi dr Thailand utk msyuarat smbil bw jln2 d CH. Kt mn tmpat yg mnarik dan mgkin ekslusif utk mkn tgh hari atau steambot? Blh bntu tak? Nk bw tmpt yg hebat sbb nk tnjuk khebatan negara kita. Klw d hotel dh selalu dh...

Mrkumai @ Jack berkata...

Saya sekadar mencadangkan .. kalau delegasi dan tak mahu hotel saya rasa anda boleh ke Glory Steamboat atau ke Kelab Golf yang ada kafe dan pemandnagan yang mnarik.

Mahu lebih eklusif tapi mahal dah tentu masih di hotel dan smoke house boleh dicuba.

Tanpa Nama berkata...

Assalam.thanks atas info yg dberikan..sya dh 4x smpai ke CH..wlaupun pning smntara nk smpai, tp suka jer..hehe..raya haji ni saya bercadang nak bwak famli pergi CH..kedai2 makan bukak x raya haji..

mrkumai's photo @ FB