TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, November 22, 2011

Dua penonton Indonesia maut ketika final bola sepak


2011/11/22

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menyatakan rasa sedih apabila dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA, malam tadi.



Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya sedih atas kejadian berkenaan dan sememangnya sesuatu yang malang apabila perlawanan itu dicacatkan dengan sikap penyokong yang ganas dan perosak kini mencemarkan sukan berkenaan serta sepatutnya tindakan berkenaan sudah berlalu.
Polis berkata, dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir itu manakala sebahagian lagi penyokong dikejarkan ke hospital termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma.
Malaysia muncul pemenang menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 selepas tamat perlawanan masa tambahan. - AFP 


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock