TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, August 17, 2011

Kopi yang beracun ...


Kopi mungkin merupakan salah satu minuman yang popular di Malaysia selepas Teh. Kopi sebenarnya kalau ikut ilmu pertanian terdapat dari dua jenis yang utama iaitu Kopi Rabusta dan Kopi Arabica. 

Dari kedua-dua jenis ini terdapat puluhan varieti yang berbeza dan ditanam di seluruh dunia dan mempunyai pelbagai keistimewaan yang berbeza.

Apapun, bukan perihal asal kopi yang ingin aku kongsi hari ini tetapi lebih kepada petikan berita yang menakutkan kita berkenaan kopi yang disahkan mempunyai bahan terlarang dan beracun. 

Artikel ini mula diperbincangkan secara meluas beberapa hari yang lalu dalam akhbar arus perdana tetapi hari ini baru berkesempatan meneliti laporan dan ingin berkongsi dengan anda.Semoga membantu.

Sebuah akhbar harian berkongsi maklumat bahawa terdapat di pasaran pelbagai jenis kopi segera yang di bawah konsep "Ready to Drink". Laporan Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera yang dijual dipasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor perubatan.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. 

Antara 40 jenis kopi yang dimaksudkan berdasarkan laporan akhbar berkenaan adalah :
  • Cafe Abang Yes,
  • Candi Gold,
  • Candy 193,
  • Extend Up Energy Drink,
  • Extremen,
  • Extrewomen,
  • Goji Guarana,
  • Goji Guarana Extra,
  • Goji More,
  • Goji Yumberry,
  • Guara Cafe,
  • HBW Ice Lemon Tea,
  • Hotton Vitality Candy,
  • Ie2 O,
  • King Cappucino,
  • Knight Cofee.
  • Kolek Cafe Power Plus,
  • Kopi Angguk,
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA,
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  • Kopi Pahlawan,
  • Kopi Super Angguk,
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  • Maca Max, Macagin Ginseng Candy,
  • Mentalk Candy,
  • Nexus MXP,
  • Night Cafe,
  • Red Energizer Candy For Men,
  • Royal Beverage Maqrifatun,
  • sasanergy Drink,
  • Trica Jus,
  • Tri-Max,
  • True SR,
  • vigor Candy,
  • Vitca-F,
  • Vitca-M,
  • Winnie Beauty V1,
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock