TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, July 17, 2011

Sekolah paling merbahaya di dunia dan kita hari ini....

Sebagai suami kepada seorang guru, aku tidak terlepas dari mendengar keluh kesah, rintihan dan kekesalan isteriku terhadap tugasan seharian beliau. Masalah disiplin, kenakalan pelajar, tiada hormatkan guru dan pelbagai lagi kisah sekitar kerja dan tugasannya dikongsi malah amat memeranjatkan bilamana aku sangkakan hanya pelajar yang bermasalah tetapi rupanya sikap ibu bapa mereka juga seolah-olah mengalakkan anak-anak mereka.

Malah tidak menjadi sesuatu yang luarbiasa jika mendengar kisah ibu-bapa mengadu dan mempertahankan anak meraka bilamana tindakan disiplin di ambil. Bukan kisah luarbiasa juga bilamana setiap awal tahun ada dikalangan guru-guru tingkatan mendahulukan bayaran khas pelajar kepada sekolah kerana biasanya mereka diberi tempoh untuk mengutip bayaran tetapi jika pelajar dan ibu bapa sendiri enggan membayarnya dengan alasan kerajaan memaklumkan ianya dimansuhkan terpaksalah didahulkan dan bukan kisah luarbiasa juga jika ramai juga diantara jumlah itu akhirnya tidak tertebus.

Tidak termasuk lagi dengan lagak berani atau hero dilakukan oleh Adun atau Ahli Parlimen yang menyerbu sekolah dengan aduan ibubapa tanpa usul periksa.  

Minggu lepas, isteriku mengeluh kerana ditegur oleh Penolong Kanannya yang menerima aduan ibubapa pelajar kerana melepaskan anak mereka 5 minit lewat selepas pukul 2.30 petang walaupun tujuannya untuk menghabiskan sedikit topik yang diajar. Pentadbiran sekolah seolah-olah mencuba untuk menidakkan hak guru kerana bimbang dengan aduan daripada ibu bapa. Dinasihatkan kepada isteriku untuk melepaskan semua pelajar sebelum loceng berbunyi selepas ini !!!

Aku teringat akan kesusahan zaman dahulu bilamana ibu bapa begituhormatkan guru dan begitu juga dengan pelajarnya. Malah mereka diberikan harapan dan kepercayaan yang tinggi untuk mendidik anak-anak mereka. 

Mungkin kerana mentaliti ibu bapa zaman sekarang sudah berubah. Kesenangan yang dinikmati sekarang mengubah sedikit sifat dan penerimaan masakini. Melihat kesenangan, aku teringat bagaimana kesusahan  mengajar manusia menghormati segalanya. Makanan, masa, kemakmuran dan juga peluang kehidupan. Ingin aku kongsikan sedikit kisah di Negara China ini untuk kita imbau kembali suasana yang mungkin suatu ketika dahulu sehampir sama irama kita dahulu. 


Murid-murid di pendalaman Negara China menyabung nyawa setiap hari untuk kesekolah. Laluan meraka bukan hanya aberliku tetapi penuh berisiko dengan berjalan kaki melalui jalan-jalan di sepanjang jurang tanpa sebarang sempadan keselamatan. Tebing tinggi berteman curam dan jurang yang dalam serta terpaksa mendaki selama 5 jam ternyata suatu cabaran yang cukup getir dan tidak selayaknya dihadapi oleh kanak-kanak seawal 12 tahun kebawah. 


Lebih mengerunkan laluan ini hanya selebar 1 meter untuk dilalui oleh murid-murid dan tiada pagar keselamatan.


Namun hakikat ini ternyata satu resam dan diari kehidupan yang telah tertulis bagi murid-muird sebuah sekolah di Desa Gulu , Wilayah Sinchuan, China untuk mereka menimba ilmu.


Sekolah yang hanya terdiri daripada 5 buah bangunan konkrit dan kayu telah berkhidmat selama lebih 26 tahun. Bagi kegiatan sukanya hanya terdapat satu tiang bola keranjang diperbuat daripada kayu terpakai dan menjadi tumpuan kepada semua pelajar. Namun terpaksa dihadkan sukan ini kerana setiap kali bola terlebih jangkaan ianya akan jatuh ke jurang dalam dan untuk mengambilnya semula memerlukan setengah hari !


[danherous-school-road-china02.jpg]
Sekolah ini hanya mempunyai seorang guru yang telah berkhidmat secara sukarela selama 26 tahun. Beliau adalah En.Shen Qinju berusia 45 tahun dan mengajar matematik dan bahasa Cina. 


Beliau pernah berkali-kali menyatakan hasrat untuk berhenti tetapi ditahan dan dipujuk oleh kalangan ibu bapa untuk kekal dan terus berkhidmat kerana tiada guru lain yang sanggup mengantikan beliau.


Sepanjang perkhidmatan itu, terdapat hanya 2 pelajar yang mampu melanjutkan ke Universiti namun kesungguhan dan kegigihan  pelajar yang lain cukup mengagumkan. Ekoran terlalu di pendalaman kesemua pelajar tidak pernah melihat komputer, tandas duduk apatah lagi sebuah kereta. 


Manakala di sebuah Wilayah Barat Daya China iaitu di Yunnan, seramai 500 pelajar terpaksa membuat aksi 'Flying Fox' untuk sampai ke sekolah dengan menyeberangi sebuah sungai selabar 200 meter yang berarus deras dan ganas juga semata-mata menimba ilmu. 


Mereka mengikat diri mereka dengan tali dan mula menyebarangi sungai tersebut saban hari tanpa sedikit pun rasa takut dan ngeri. Ternyata aksi merbahaya ini sedikitpun mampu menghalang mereka pergi ke sekolah setiap hari. 

Penduduk menyatakan kanak-kanak sehingga usia 4 tahun biasa akan ditemani oleh ibu atau bapa masing-masing untuk menyeberangi sungai ini tetapi bilamana mereka menginjak usia 5 tahun kebiasaanya akan melakukan sendirian bersama teman-teman.

Chinese students cross river on cableMurid termuda, A Qia berusia 4 tahun antara pelajar yang akan melalui cabaran ini setiap hari tanpa rasa takut dan gerun. 

Manakala rakannya A Pu berusia 5 tahun masih teringat perasaan beliau apabila telah terperangkap di tengah sungai selama 20 minit berkata " saya pernah bermimpi mempunyai sebuah jambatan tetapi impian ini terlalu mahal!".

Hanya setelah sebuah stesen TV menyiarkan dokumentari yang memeranjatkan ini ke siaran mereka , pihak berkuasa telaha bersetuju untuk memperuntukan 35,000 Euro untuk membina sebuah jambatan di sini bagi menamatkan cabaran 'Flying Fox' pelajar-pelajar di sini.

pupils cross canyon on cable

1 comment:

yus said...

Nasib aku sama dengan hang. Wife aku pun guru. Setiap kali balik ke rumah selepas sekolah, sentiasa ada saja perkara yg akan diceritakan kepada aku. Dari perihal pentadbir yg terlalu mengejar nama, pelajar yg kurang ajar dan malas belajar, perangai ibubapa dan sebagainya. tapi apa daya aku, hanya mendengar saja. kekadang rasa mcm nak jumpa je menteri pendidikan... Begitulah nasib guru2 sekarang... Masa kita sekolah dulu tidak sama dengan sekarang.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock