TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, July 7, 2011

Felda... 55 tahun melangkau zaman... siri 4

alt
FELDA BUKIT TEMBAGA
Bagi FELDA Wilayah Alor Star, aku ingin berkongsi sedikit mengenai FELDA BUKIT TEMBAGA di mana ianya merupakan antara kelompok Felda terawal dibuka. 

Istimewanya pembukaan dan penerokaan Felda ini sebenarnya dilakukan terlebih dahulu oleh sekumpulan peneroka dari kampung-kampung berhampiran. Malah namanya juga dipilih dikalangan mereka dan mereka telah menolak amalan semasa dengan memilih nama yang indah berbanding ketika dahulu biasa memilih nama yang kurang sesuai seperti Bukit Beruk, Sungai Ular  dan sebagainya. 

Mereka menebang hutan dan belantara untuk membina penempatan. Mereka membahagiakan kawasan dan mula sama-sama membersihkannya. Mereka membina rumah sementara dan mereka pulang semula ke kampung untuk mengambil dan membawa keluarga yang masih kecil ada yang masih bujang berpindah ke kawasan ini tanpa sebarang kemudahan asas atau tanpa sebarang penempatan yang sempurna. 

Ketabahan mereka membuka dan meneroka tanah ini amat mengagumkan. Akibat kekurangan kemudahan asas dan kelemahan sistem pembuangan dan bekalan air bersih , bencana melanda bilamana hampir semua daripada mereka dijangkiti wabak penyakit misteri. Mengambil kisah kepada kepercayaan mistik masa lampau mereka mempercayai gangguan makluk halus lalu mereka beralah untuk pulang ke kampung semula. 

Akhirnya mereka pulang ke kampung  masing-masing dan sebenarnya mereka dilanda wabak taun. Bilamana kerajaan masuk membantu dan memulihkan keadaan, separuh daripada mereka gagal meneruskan hidup dan tewas. Perasaan sedih dan hiba dan ada yang berputus asa berlegar di sekeliling mereka yang masih tinggal dan apakah perlu untuk meneruskan penerokaan tanah ini dan hanya ketabahanlah  dan kecekalan yang membawa semula mereka ke sini. Dengan  semangat yang sedikit masih ada dan muafakat, mereka meneruskan kembali penerokaan ini sehinggalah kerajaan mengambil keputusan untuk membangunkan dengan skim FELDA. 

Semua ini boleh anda ketahui kisahnya, kisah sebuah pengorbanan, kisah sebuah kesungguhan, kisah sebuah kehilangan , kisah sebuah kejatuhan dan kebangkitan dan pelbagai kisah suka duka yang terpahat kukuh di ingatan dan kehidupan generasi peneroka ini melalui Buku FELDA BUKIT TEMBAGA yang tebal dan sarat. Aku sempat membacanya sekitar tahun 1995 dan akui akui, titisan air mata air mengalir bersama tanpa sedar... carilah buku itu ... kawan aku Zainuddin Mat Isa adalah sebahagian daripada generasi dari sana. 

Juga istimewanya di wilayah ini adalah FELDA CHUPING yang mengusahakan tanaman tebu danmenajdi kawah tebu utama Malaysia sehingga kini.  Kawan aku Mohd Haizal Redha juga pernah menjadi sebahagian kisah di sini. 

Felda Wilayah Alor Setar
Bil
Nama Rancangan Felda
Nama Pengurus
No Telefon
No Fax
1.
Jamil Bin Abbas
04-9241215
04-9241215
2.
3.
Taib Bin Hussain
04-9222324
04-9222624
4.
Mohd Fauzi Bin Abu Bakar
04-7821466
04-9864780
5.
Abdullah Pirus Bin Ishak
04-9864780
-
6.
Wan Shaiful Izuan Bin Wan Salim
7.
Fadzil Bin Mansor
04-4170050
04-4170051
8.
Mohd Nordin Bin Abdul Rahman
04-4170051
-
9.
Ahmad Bin Shahid
04-9241704
04-9241704
10.
Abdul Sukor Bin Jalaluddin
04-7520220
04-7520830
11.
Mohd Zukhi Bin Che Din
04-9490909
04-9490909
12.
Mahmad Nasir Bin Sahbudin
04-9490387
04-9493418
13.
Othman Bin Ahmad
04-7541237
04-9864730
14.
Abdul Rahman Bin Saud
04-4192902
-
15.
Abd Rahani Bin Bahari
04-4192901
04-419399


Untuk sambungan senarai nama penempatan FELDA, aku sambung untuk siri ke4 ini dengan Wilayah Terengganu. Istimewanya Terengganu dan Kelantan , Kerajaan Negeri masing-masing mensyaratkan hanya anak negeri tersebut ditawarkan menjadi peneroka.

Felda Wilayah Terengganu

BilNama Rancangan FeldaNama PengurusNo TelefonNo Fax
1.Felda Belara09-824444409-6248033
2.Felda Bukit BadingDalawi Bin Salleh09-6871449-
3.Felda Chalok BaratIdris Bin Ahmad09-657202509-6572025
4.Felda ChalokAbd Hamid Bin Harun09-609778609-6097786
5.Felda Cherul 01Anuar Bin Hamid09-873053109-8730531
6.Felda Cherul 02
7.Felda JerangauAbd Wahab Bin Ali09-8384212-
8.Felda Jerangau BaratAhmad Bin Ismail09-838560009-8385600
9.Felda Kerteh 01W Aris Bin W Abdullah09-820012709-8200127
10.Felda Kerteh 02Kamarruddin Bin Mohamad09-820021609-8200216
11.Felda Kerteh 03Jalani Bin Othman09-8200242-
12.Felda Kerteh 04Che Soh Bin Che Wail09-820010209-8200102
13.Felda Kerteh 05Rahim Bin Ismail09-820020809-8200208
14.Felda Kerteh 06Aripin Bin Mohd09-8200101-
15.Felda MengkawangTuan Amran Bin Tuan Chik09-688135309-6251353
16.Felda Neram 01Ab Rasib Bin Che Awang09-551967809-5149948
17.Felda Neram 02Rosli Bin Yaakop09-8730215-
18.Felda SelasihMohd Din Bin Mahat09-697984409-6979844
19.Felda Seberang TayorMohamad Aslam Bin Jahangir Khan09-859752509-8597525
20.Felda Tenang BesutWan Liah Bin Wan Salim09-606110909-6061109
21.Felda TersatAwang Bin Bebakar09-612073009-6120230
lagi senarai nama penempatan Felda di siri ke 5..

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock