TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, July 4, 2011

Ahli koperasi Felda terima dividen, bonus 15%

Sebelum aku lupa nak copy dan paste kisah 15% dividen KPF.. untung anda yang menjadi pencarum. Aku belum lagi ni .Kesian .
MOHD. Isa Abdul Samad (dua dari kiri) bersalaman dengan ahli koperasi sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 23 Jun - Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB) hari ini mengumumkan pembayaran dividen dan bonus sebanyak 15 peratus kepada seramai 220,210 ahlinya untuk tempoh kewangan tahun lepas, antara yang tertinggi dalam tempoh 30 tahun.
Perkara itu diumumkan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-30 KPFB yang dipengerusikan oleh Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Abd. Wahab di sini dan dirasmikan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Isa Abdul Samad.
Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh 1,300 perwakilan dari tanah rancangan Felda seluruh negara.
Pada tahun 2009, dividen dan bonus yang diberikan KPFB kepada ahlinya adalah 14 peratus, manakala 15 peratus pada 2006 dan tahun 2007 pula mencatatkan kadar tertinggi iaitu 16.50 peratus.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, koperasi tersebut mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 6.43 peratus kepada RM575.02 juta berbanding RM540.29 juta tahun sebelumnya.
“Bilangan ahli turut meningkat sebanyak 5.91 peratus kepada 220,210 orang, manakala modal saham meningkat sebanyak 12.26 peratus kepada RM1.64 bilion pada tahun lalu.
“Selain itu, jumlah modal saham yang dimiliki Kumpulan Peneroka turut meningkat 11.82 peratus kepada RM1.14 bilion berbanding RM1.02 bilion pada 2009,” jelas kenyataan itu.
Bagaimanapun, keuntungan bersih sebelum cukai KPFB mencatat penurunan sebanyak 1.76 peratus kepada RM322.93 juta berbanding RM328.72 juta pada 2009, manakala keuntungan selepas cukai dan zakat sebanyak meningkat sebanyak 20.87 peratus kepada RM256 juta.
“Dividen kasar syarikat-syarikat Felda telah meningkat sebanyak 41.33 peratus kepada RM237.64 juta daripada jumlah pendapatan keseluruhan KPFB pada tahun sebelumnya,” jelas kenyataan itu.
Kumpulan Peneroka merupakan pemilik terbesar modal saham koperasi itu iaitu sebanyak RM1.18 bilion atau 71.83 peratus daripada keseluruhan modal saham dengan purata pemilikan sebanyak RM10,000 sekeluarga.
Bilangan ahli Kumpulan Peneroka bertambah sebanyak 5.98 peratus kepada 193,506 orang berbanding tahun sebelumnya iaitu 182,578 orang dan merupakan 87.87 peratus daripada jumlah ahli KPFB.
Tambah kenyataan itu, keanggotaan dari kumpulan kakitangan pula ialah seramai 26,701 orang iaitu 12.13 peratus daripada jumlah ahli KPFB dengan pegangan saham sebanyak RM448.70 juta atau 27.38 peratus daripada modal saham ahli.
Pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat itu, Mohd. Isa pula berkata, kesediaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminjamkan RM6 bilion kepada Felda membuktikan keyakinan agensi itu terhadap Felda.
“Bagi saya membuat pinjaman adalah perkara biasa dalam perniagaan. Mereka (KWSP) yakin kita (Felda) mampu membayar balik pinjaman itu," katanya.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock