TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, July 7, 2011

30 kanak-kanak menjadi tebusan di Muar

Aku terkejut dengan berita terbaru yang mulai tersebar dari tengahari tadi. 
Aku tak pasti cerita sebenar tapi eloklah kalau dikongsikan dengan rentetan update berita ringkas ini..
Picture : MStar Online



Terkini 1:
30 murid taska jadi tebusan lelaki bersenjata parang

07/07/2011 1:06pm


Muar 7 Julai - Seorang lelaki bersenjatakan parang menjadikan kira-kira 30 orang kanak-kanak dan tiga guru sebagai tebusan dalam kejadian di pusat penjagaan kanak-kanak Serikids di Taman Sungai Abong, Jalan sakeh di sini hari ini.

Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.

Buat ketika ini, pihak polis telah mengepung premis berkenaan dan rundingan sedang dilakukan untuk tebusan dibebaskan. - Utusan




Terkini 2:
UTK kepung taska kanak-kanak dijadikan tebusan
07/07/2011 3:23pm

MUAR 7 Julai — Seorang lelaki yang dipercayai bersenjatakan tukul dan parang menceroboh sebuah taska di sini dan menjadikan kira-kira 30 kanak-kanak dan empat guru sebagai tebusan dalam kejadian yang bermula pukul 9.30 pagi tadi.
Bernama difahamkan sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman sedang mengepung pusat asuhan kanak-kanak Serikids, di Taman Sungai Abong, Jalan Sakeh itu.
Seorang pakar psikologi dikenali Dr. Lau Keen Lee difahamkan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman turut kelihatan di perkarangan pusat asuhan tersebut. - Bernama


Terkini 3 : 
Ahli keluarga pujuk suspek supaya bebas tebusan
07/07/2011 3:36pm

MUAR 7 Julai - Selepas polis memujuk lelaki yang menjadi kanak-kanak taska di sini sebagai tebusan, ahli keluarga suspek pula tampil petang ini merayu suspek yang bersenjatakan parang itu.
Ahli keluarga suspek berada di Taska Serikids pada pukul 3 petang ini memujuk suspek melepaskan tebusan namun usaha masih gagal.
Pihak polis telah menempatkan anggota Unit Tindakan Khas bagi mengepung premis berkenaan sejak pukul 1.18 petang.
Dipercayai juga lelaki berusia 30-an itu antara lain menuntut supaya diberikan sepucuk pistol automatik. - Utusan


Terkini 4 :
Tebusan tadika: Tembakan dilepaskan; suspek cedera parah
07/07/2011 4:19pm

MUAR 7 Julai - Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang.
Laporan awal mengatakan semua tebusan selamat dibebaskan manakala suspek cedera parah dan dibawa keluar dengan ambulans.
Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.
Laporan Bernama sebelum ini menyebut, seorang pakar psikologi dikenali Dr. Lau Keen Lee dikatakan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut. - Utusan


Alhamdulliah, Selamat . Aku terus ingat kat anak-anak aku .. rasa nak balik terus aje..


Terkini 5:

Dia ugut bunuh kami: Guru tadika
2011/07/07

"Dia meminta pengetua membunuhnya, kalau tidak dia akan membunuh kami semua," cerita Norazah Mohd Shah, 23, seorang daripada empat orang guru wanita yang turut dijadikan tebusan lelaki terbabit.

Beliau yang masih dalam ketakutan ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini lewat petang ini, berkata lelaki itu yang bersenjatakan sebilah parang dan penukul, pada mulanya kelihatan tidak begitu agresif.

"Dia benarkan kanak-kanak pergi buang air ke tandas dan minum air," katanya yang kelihatan letih lesu dan masih trauma dengan tragedi itu.

Norazah berkata, beliau dan tiga guru lain, membawa 30 kanak-kanak itu naik ke tingkat atas, masuk ke sebuah bilik dan menguncikan pintu untuk mengelak daripada dihampiri lelaki berkenaan.
"Kami menahan pintu bilik dengan kerusi untuk menghalang lelaki itu masuk dan mengancam keselamatan kami," katanya.

Sebelum itu, katanya, beliau nampak lelaki terbabit sudah berada dalam bangunan taman asuhan itu pada kira-kira 9.30 pagi dengan memegang sebilah parang panjang dan penukul.

Katanya, beliau tidak tahu bagaimana lelaki itu masuk ke premis berkenaan.

Beliau bersyukur kerana mereka semua selamat manakala lelaki terbabit berjaya diberkas selepas terkena sedas tembakan di dahi ketika menyembur alat pemadam api ke arah pasukan Unit Tindakan Khas polis yang merempuh masuk ke premis berkenaan pada 3.45 petang. - BERNAMA







No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock