TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, May 20, 2011

Tips Melancong ke Cameron Highlands ... Tanah Rata

Catatan ketiga daripada lima siri dan  untuk siri ini akan berkisar dengan Pekan Tanah Rata dan sekitarnya.

Pekan Tanah Rata
Pekan Tanah Rata merupakan hub pentadbiran pendidikan, kesihatan, perbankan dan perniagaan utama di Cameron Highlands.

Terdapat pelbagai agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah, Majlis Daerah, Mardi, Jabatan Pertanian, Klinik Kesihatan, Hospital Sultanah Hajah Kalsom, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Alam Sekitar, Sekolah-sekolah, Masjid Daerah dan pelbagai lagi agensi kerajaan yang lain.

Lokasi Pekan Tanah Rata adalah terletak 13 km daripada Ringlet dan 5 km daripada Brinchang pada paras ketinggian 1300-1400 dari paras laut.

Pekan Tanah Rata terbentuk disepanjang laluan utama sepanjang 700 meter dikedua-dua belah selain daripada beberapa lokasi yang lain. Selain itu, penempatan di sini terdapat beberapa jenis seperti Taman Perumahan Awam, Kuarters Kerajaan , Banglo Rehat Persendirian dan hotel-hotel.

Tanah Rata juga dikenali sebagai pusat perbankan bagi daerah Cameron Highlands, terdapat Maybank, Agro Bank, Bank Simpanan Nasional, Ambank , Hong Leong Bank, Hong Kong and Shanghai Bank serta OSK Securities. Manakala CIMB mempunyai kioks ATM di hotel Planters.

Bagi kemudahan perubatan, terdapat klinik kesihatan , pergigian dan Ibu Anak serta Hospital Daerah iaitu Hospital Sultanah Hajjah Kalsom. Manakala bagi kemudahan klinik swasta terdapat Klinik Ayub bersebelahan Bank Simpanan Nasional dan Klinik Raj di Brij Court. Hanya terdapat satu klinik gigi swasta iaitu Klinik Daniel.


Kemudahan pengangkutan awam adalah sederhana. Terdapat banyak syarikat bas ekpress dan persiaran yang menawarkan perkhidmatan dari Kuala Lumpur seperti Unititi Ekpress, Kurnia Ekpress serta bas persiaran seperti GT Ekpress dan CS Travel. Manakala untuk atau dari Ipoh , Regal dan Perak Transit menawarkan perkhidmatan tersebut. Cuma bagi pengangkutan dosmetik agak terhad bagi pelancong yang ingin menggunakan kemudahan ini. Perkhdimatan teksi tiada disini tetapi diganti dengan Perkhidmatan Kereta Sewa bertikndak sebagai Teksi. Terdapat satu syarikat pelancongan iaitu TJ Travel yang menawarkan sewaan motorsikal secara harian.

Tempat dan Pusat Pelancongan:
Tempat Perlancongan di Tanah Rata dimulakan dengan Ladang Teh milik Bharat Tea Plantation yang dikenali dengan jenama Cameron Valley. Dipertengahan jalan diantara Ringket dan Tanah Rata terdapat saujana pemandangan ladang teh yang hanya terletak di tepi jalan.

Terdapat dua perhentian atau tea cenre yang disediakan. Pertama tea centre di laluan masuk ladang ini yang dibina pada pertengehan tahun 1990. Di sini anda boleh menghilangkan kepenatan pendakian laluan berliku daripada Tapah denga menikmati pelbagai citarasa teh keluaran ladang ini. Melalui pemandangan varandah tea centre, anda berpeluang melihat jalur-jalur tea dan pemandangan air terjun yang terletak di tengah ladang. Juga akan kelihatan , bangunan kilang teh dan kadang-kala anda dapat menghirup bauan daun teh yang sedang diproses. Cuma di pusat ini, tidak begitu sesuai bagi mereka yang ingin berjalan di rimbunan teh.

Bagi perhentian Tea Centre yang kedua, anda boleh melihat Ladang Bharat Tea melalui pemandang yang begitu menarik disamping menikmati pelbagai perisa tea.

Di sini anda boleh berjalan di celahan rimbunan daun teh dengan menuruni tangga dihujung tea centre. Membeli teh yang mempunyai pelbagai perasa dibawah jenama Cameron Valley boleh dilakukan di sini juga. Jika tidak membeli teh di sini,Cameron Valley ada menyediakan kedai teh di Pekan Tanah Rata di pejabat utama mereka.

Semasa pukul 12 tgh 
Apabila sampai di Pekan Tanah Rata, terdapat beberapa pusat tarikan pelancongan antaranya Stesen Mardi atau Mardi Agrotourism Park. Stesen ini adalah stesenyang dibina seawal pembukaan Cameron Highland dengan kini menawarkan teknologi pertanian di Malaysia contohnya teknik tanaman strawberry berserta pemprosesan hiliran, taman herba, tanaman anggur dan epal, plot kajian sayuran, Taman Inggeris dan plot bunga yang boleh anda pilih sendiri dengan memetik bunga pilihan anda.
Terbaru Kilang Teh yang tertua di Malaysia telah dibuka untuk kunjungan selepas dibaik pulih tahun lalu. Terdapat agrobazar yang menyediakan pelbagai produk makanan berasaskan sektor hiliran. Juga terdapat dua cottage Engeris yang boleh disewa melalui laman web Mardi pada harga yang murah.

Perkampungan Melayu Kg Taman Sedia
Di Tanah Rata juga menghala ke Brinchang anda boleh memasuki Kg Taman Sedia yang merupakan penempatan Melayu terawal di Cameron Highlands. Istimewanya disini, anda akan dapat melawati terus ladang-ladang strawberry yang diusahakan seperti Khairani Haji Mohamad Farm, Ros Strawberry Farm dan Al-Mashor Farm. Hanya perlu meletak kenderaan di bahu jalan dan terus masuk ke dalam ladang. Anda boleh mengalamai sendiri memetik buah strawberry serta menikmati pelbagai produk makanan daripada buah strawberry.

Parit Fall
Bagi yang mencari penginapan homestay , di sini terdapat beberapa pengusaha homestay antaranya Marina Chalet. Suasana malam juga agak menarik dengan hiasan lampu jalan yang dipasang disepanjang laluan disini. Terdapat juga jalan masuk ke Parit Fall tetapi saya nasihatkan ianya tidak sesuai untuk mandi manda kerana hulu sungai di Cameron Highlands terdedah dengan pencemaran bahan buangan kebun sayur yang terletak bersebelahan sungai-sungai. Jangan sesekali anda meminum air sungai yang terdapat di sini. Bagi yang suka berkhemah, Parit Fall juga menyediakan kawasan perkhemahan tetapi selalunya anda boleh melewati kawasan Pejabat Hutan Daerah Raub/Cameron Highlands iaitu bersebelahan Kg Taman Sedia kerana kemudahan tempat perkhemahan lebih terjaga dengan bayaran yang cukup minima.

Tanah Rata lebih menawarkan pilihan makanan Melayu melalui beberapa kawasan perniagaan yang disediakan. Anda boleh memilih kedai-kedai makan di sepanjang laluan utama sama ada medan selera baru ataupun yang lama.

Penginapan :
Terdapat dua jenis penginapan di Tanah Rata iaitu Hotel dan Holiday Apartment.

Hotel yang terdapat disini kalau mencari kelas, anda boleh ke Heritage Hotel, Century Pines Resort dan De La Fern. Purata harga sekitar RM 160 ke atas untuk semalam. Hotel yang sederhana seperti Hotel Planters yang baru dibuka dan Hotel Cool Point. Manakala hotel murah dan budget seperti Camelia, Alina Hotel Kang Hotel, Mutiara Hotel, Highlander Hotel dan Camlodge. Bagi yang sukakan jenis backpacker biasanya Kang Guest House , Pine, Father Guest House dan Cameron Inn. Anda boleh mencari info semua hotel ini malalui carian di internet.

Apartment Arabella
Jika anda datang berkeluarga dan biasanya holiday apartment menjadi pilihan. Terdapat banyak apartment sama ada dua atau tiga bilik pada kadar RM 180-250 untuk hari biasa dan harga pada waktu puncak melebihi RM 400 malah ada yang betul-betul cekik darah sehingga RM 500 semalam. Cuma terdapat beberapa pilihan dan biasanya orang tengah atau runner yang akan mark up harga.

Cuma perlu diingatkan, Holiday Apartment ini bukanlah holiday apartment khusus tetapi lebih kepada apartment peribadi di kawasan perumahan. Mungkin barangkali tidak seselesa di resort ataupun hotel tetapi fikirkan juga ketidakselesaan yang turut dirasai oleh penghuni tetap dengan kesesakan ketika hujung minggu.

Jagailah kebersihan kerana sebagai penduduk tetap di kawasan terbabit seringkali mengeluh bilamana penyewa holiday apartment bukanlah yang mementingkan kebersihan. Senario seperti meninggalkan sampah di tempat letak kereta selepas mengemas barang di kereta amat biasa dilihat. Belum lagi membuang sampah di hadapan pintu apartment masing-masing atau membuat bising pada waktu malam. Juga perhatikan terlebih dahulu kawasan petak letak kereta samada dimilik secara individu ataupun awam. Bimbang pula nanti ada kereta yang diletak sampah atau double parking kemudian yang pastinya merencatkan keseronokan percutian anda.

Lokasi-lokasi apartment percutian seperti Puncak Arabella, Jasar, Carnation Park, Oly Apartment, Prima Villa, Royal Lili, Brij Court , Anthurium dan Park View. Cuma saya nasihatkan anda lebihkan sedikit cerewet jika mempunyai banyak pilihan penginapan dengan melihat terlebih dahulu lokasi dan cubalah tawar menawar kecuali waktu puncak.

dikemaskini pada : 28 May 2011: catatan ini akan dikemaskini secara berperingkat..maklumlah mencuri dan mencelah masa yang boleh....




Jika anda merasakan artikel dan catatan ini membantu anda atau ada sebarang cadangan info untuk penambahbaikan, saya amat mengalu-alukan anda meninggalkan sedikit kata-kata di ruangan ulasan di bawah. 
Terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas maklumat anda...semoga maklumat berguna ini akan menjadi panduan buat kami.

Mrkumai @ Jack said...

jika maklumat-maklumat yang ada ini membantu anda, saya juga tumpang gembira.

Semoga percutian anda lebih mudah diuruskan... selamat bercuti ...

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock